Monday 25 July 2011

sayang saya :'(

Entri ni bakal membuatkan saya menitiskan air mata. Entah kenapa, all of sudden, saya rindukan sayang-sayang saya semua. Tapi sekarang dah pukul 7pm, ibu dah tak berani nak pergi ke Animal House. Menyeramkan. Esok ibu datang pagi-pagi ye sayang? Ibu bawak cam, kita main-main ambik gambar lagi ye? Sayang semua!

Tadi saya tengok anak tikus tu macam dah tak larat. Kaki dan tangannya dah sejuk dan  biru. Selesai sahaja memeriksa, meletaknya semula ke dalam sangkar, dia macam dah susah nak bergerak. Saya takut dia akan mati. Saya berdoa agar dia terus hidup. Sebab dia adalah harapan saya. Saya dah melafazkan syahadah untuknya tadi. Semoga sayang terus kuat! :'(

Sayang-sayang saya penghapus tekanan saya. Saya tak nafikan saya sedikit tertekan di sini. Tiada kawan. Saya berkawan dengan sayang-sayang saya yang ramai-ramai ni lah. Meriah sekejap hidup saya bila tengok derang. Gigit-gigit gloves saya... Indahnya! :')

Saya ada gambar dan video yang dirakan bersama sayang-sayang saya  ni. Cuma untuk tang video tu, saya nak buat editing sedikit. Sape yang  tau the very easiest free software to use? Hehehe. Maklumlah, buta IT dah sejak kebelakangan ni.. 

Till next time,
Love and Hugs!
B.Y.E

Akhirnya....

1. Alhamdulillah...at last, she admitted her mistakes. She texted one of my office-mate, telling that she wanted to see me after working hour. At her office. Without knowing what would happen, i hesitately knocked her office door. Sat down. 

2. Dr. S meminta maaf dan dia mengakui kesalahannya. She admitted that was her mistake to over-expected at me. Saya bukannya siapa-siapa. Saya pun manusia biasa. Dan seperti yang saya dah agak sejak mula lagi, saya terus menundukkan muka  je bila dia tengah bercakap. I am like this. Tak berani. Hidung saya merah. Bibir dan  telinga saya mulai terasa hangat. Tubir mata saya digenangi air mata. Dan ia tumpah!

3. Untuk kawan-kawan tersayang. Saya bukan sesiapa. Saya cuma insan biasa. Saya memang pernah belajar di sekolah agama. Dan ayah saya seorang pegawai agama. Keluarga saya mungkin sedikit islamic, so saya simpulkan di sini bahawa saya dariIslamic background. Tapi saya cuma manusia biasa. Tolong jangan judge saya dari segi kelabuhan tudung saya, kerana ianya tidaklah selabuh mana. Saya manusia biasa. Pernah je saya mengata orang kalau tak puas hati dengan orang. Pernah je saya mengutuk-ngutuk pak najib dengan wifey dia tu. Pernah je saya copy & pastetime buat assignment back to my old days. Saya bukan perfect!

4. Saya hidup dalam dunia yang sama dengan kamu semua. Saya pun tengok berita TV3, saya pun tahu Malaysia ada program TV Maharaja Lawak walaupun saya memang takpernah membazirkan masa dengan lawak-lawak derang. Saya juga pergi I-city main salji kat Snowalk tu. Saya bukan perfect, again~

5. Ini kali ketiga saya menangis di hadapan dia, dan tak terkira dah berapa kali saya menangis sejak menempatkan diri di sini sejak hampir setahun yang lalu. Saya nak jadi kuat, tapi masalahnya saya cengeng! Tak mengapa. Saya kuat dalam hati, cengeng adalah sifat semulajadi :)

Syukur, alhamdulillah :')


Till next time,
Love & Hugs,
B.Y.E.

Nota diri : Tak tahu apa yang nak buat lepas ni. Saya susah nak lupakan apa yang kawan-kawan buat kat saya. Berdendamkah? Mungkin tidak, tapi lebih manis jika diandaikan sebagai BERHATI-HATI. :)

Tuesday 5 July 2011

Berlapang lah

Salam...

Hidup ini penuh  berliku. Jalannya bengkak-bengkok. Itulah sebabnya hidup ini pahit, bagi mereka yang tidak memikirkan hikmah disebaliknya. Tapi hidup ini akan menjadi manis sekiranya kita sentiasa mengambil iktibar di atas sesuatu kejadian. Di situlah letaknya manis sebuah kehidupan. Dan hidup akan menjadi lebih manis jika kita meletakkan sepenuh dan segunung pengharapan pada Allah. :)


 Hidup di dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia. Ragam manusia bertudung pink,biru,hijau,putih,hitam adalah berbeza. Begitu jugak dengan ragam manusia yang rambut teknik rebonding, rambut lurus, ikal mayang dan kerinting. Manusia di kampung dan di bandar lain ragamnya. Kawan di utara dan di selatan lain-lain ragamnya. Dan kita sendiri pun berbeza ragamnya pada waktu-waktu tertentu. 

Macam mana agaknya jika saban hari kita terpaksa menelah hidup-hidup perangai seorang demi seorang. Hari pertama, mungkin kita masih mampu bersabar. Begitu juga hari kedua. Minggu pertama pun berlalu. Tapi bila minggu kedua dah menyusul, satu perasaan lain akan menyelinap. Bermakna si tanduk dua sedang mengumpan kita. Ada manusia yang akan senang-senang diulit dengan umpan si tanduk dua. Dan terus mempalitkan satu titik hitam di hati mereka..Adakah kita mahu turut sama menambah koleksi titik hitam di hati? Jawanpannya mestilah : TIDAK.

Resipinya sangat senang. BERLAPANG DADA. Ye, cik Ifti akui bahawa berlapang dada memanglah tersangat susah pada mulanya. Kita rasa macam : ''hak alah, pekes selalu aku je kena mengalah'' atau ''aku tensen giler dengan makhluk asing tu..eeeiiiiii'' (macam kenal je dialog-dialog tu,huk4).. Tapi bila dah selalu kita ingatkan pada hati dan minda untuk terus berlapang dada dan senyum, lama-kelamaan ia akan menjadi habit dan kita akan terasa sangat tenang. 

Seorang teman memberikan satu analogi mudah. 'Kita ada hati. Bahagikan kepada dua dalam situasi yang sama. Bayangkan hati anda adalah segelas air dan sebuah kolam yang dipenuhi air. Pertama, cuba sempitkan hati seperti segelas air dan masukkan satu sudu garam kedalamnya. Kita akan tetap merasa kemasinan garam tersebut, bukan? Ok.Kedua, cuba masukkan pula garam ke dalam kolam yang penuh berisi air. Kali  ini bukannya sesudu garam, bahkan seplastik garam. Adakah kita akan merasai kemasinan garam tu?Jawapannya sudah tentu tidak''. Cuba fikirkan dan bayangkan.


BERLAPANG DADA > SENYUM > IKHLAS > TENANG

p/s : gelas air dan kolam adalah HATI
       garam adalah CABARAN

Sunday 3 July 2011

.: Tangan ini, hati ini :.

Salam...

Cuti tak macam cuti. Life yang takde life..Hehehehe...Boleh ke cakap macam tu? Tapi tu lah favourite phrase bagi orang-orang yang macam cik Ifti. 

Okeh.Review untuk beberapa minggu yang tak update blog. Dapat wedding invitation daripada Nabilah! Wah, so unexpected...She was the very 'silent' girl during our undergrad class,personally. Very secretive. Nabil, I am so happy for you..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sebelum dan selepas. Selamat menjadi isteri solehah! :) 

Lepas tu (lepas dapat undangan tu), terus cik Ifti terfikir. Nanti balik raya mesti ade favourite Q lagi...'' Bila lagi?''..Hahahahaha..Seriously, saya rasa macam sengal. Sebab saya rimas. Saya belum nak kahwin. I have a lot of things to do. Jasa ma dengan abah pun belum terbayar.'' InsyaAllah by the age of 28''...akhirnya idea ni ter'datang' and for the very last year, I gave this answer to those whom always asking..''wHEN, bILA, and bLa3''...Hahahaha.. ''Bakal -bakal pengantin belum bersedia''... Ni skema jawapan untuk tahun 2012 plak.Yeay!

Ok. Kembali pada tajuk asal.

Actually, last nite i was hoping that i could write something about yesterday. Yeah.Yesterday. When I was in lab. Like seriously, i have been thinking about life. Sambil membelek-belek buku, sambil menunggu staining siap,sambil earphone berdendang riang...cik Ifti memikirkan tentang perjalanan hidup. Ke mana aku selepas ni? 

Keluhan demi keluhan dari para pensyarah yang cik Ifti dengar. Syarat KPI, satu jurnal ISI-cited setiap tahun.  Dan semua pelajar postgrad wajib menghasilkan sekurang-kurangnya 1 (dan 3 untuk pHd) ISI-cited paper, sebagai syarat wajib. Cik Ifti menyambut baik sangat T&C macam ni. Sekurang-kurangnya kita akan lebih berusaha dan fortunately, ia akan menaikkan market price seseorang tu. Cik ifti punye plan pun  sangat baik. Untuk peringkat sarjana ni, plan nak publish 2 papers. Hahahaha.Angan-angan betul.Tapi tak salah kan. Dari angan-angan, kita akan bercita-cita dan terus berusaha. Yeah, saya boleh!

Cik Ifti pernah terbaca letter to the editor yang di hantar oleh seorang pensyarah ke akhbar utama di Malaysia. Tak tahulah pensyarah dari mana dan newspaper ape. Tentang nasib pensyarah-pensyarah sekarang selepas KPT mengumumkan dasar ranking berdasarkan ISI-cited, dan mereka merasa sedikit teraniaya.Wallahu 'alam. Cik Ifti tak berani nak komen lebih. Sebab, less is more. Maka, bercakap sikit-sikit sudahla.Hehehehe

Mungkin nasib yang sama akan menghantui para pensyarah akan datang atau mungkin dasar tersebut akan dibubarkan? Entahlah labu.. Allah saja yang Mengetahui. Tapi bila terfikirkan benda-benda yang macam ni, cik Ifti gerun. Kalau boleh, bila dah masuk usia 40 an tu, tak nak lah tension-tension lagi untuk perkara tak sepatutnya. Masa umur yang macam tu, dah patut berbaik-baik dengan jiran tetangga. Sebab masa unur 20-30an dulu-dulu, sibuk belajar, berkerja macam dah takde esok. Berbuat baik dengan jiran kan penting. Nanti bila saat berpisah roh dengan jasad, ade lah jugak orang yang akan membantu memandikan, mengkafankan dan mengusung kita sampai lah ke liang lahad.  Cik Ifti gerun, bila ada seorang pensyarah mengatakan yang dia dah macam kera sumbang dalam resident tu sebab nak kejar paper ISI ni.Hukhukhuk. Teruk bebenor bunyiknye tu. Macam tak best je hidup macam tu..

So, persoalannya sekarang. Ke manakah saya selepas ini? Masuk ke bidang akademik atau beralih angin? Rasa macam nak masuk pusat penyelidikan je, sebab lagi senang. Boleh focus on researches je . Oh, abaikan plural bagi research (researches) tu. Poyos je..hehe... Akan difikirkan.Buat masa sekarang, just focus on study, penuhkan ilmu di dada. 

Jalan yang seterusnya, serahkan pada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat hambaNYA. Berlapang dada lah dalam setiap jalan pilihan.Sebab kita tahu bahawa Allah ada dekat dengan kita. Berdoalah, dan Dia akan mengkabulinya. Dan saat itu, insan akan mengerti akan kemanisan hidup jika berpaut pada tali Allah. Jika belum dikabuli, teruskan berdoa, kerana doa adalah senjata mukmin :) 

Lagi 30++ tahun, insyaAllah cik Ifti akan tersenyum bila tengah minum teh cicah dengan biskut jagung di halaman rumah dengan para cucunda. Teringat betapa sedih hiba dan pilunya hati ini masa zaman muda-muda dulu, bila anak-anak tikus yang nak dikaji di'terbuang' oleh p.i.c ke dalam tong sampah. Teringat anak tikus mati kena makan derang tikus liar hitam yang gemuk dan jahat. Dush! Teringat keletah comel anak tikus (remaja) yang duk mengorat sebab jantan dan betina duk sangkar sebelah-menyebelah.Tergelak sakan aritu. Pastu teringat zaman jadi OKU kejap sebab tak reti-reti nak jaga body posture semata-mata nak bagi makan kat anak tikus. Teringat-teringat-dan teringat, sampai meleleh keluar air mata. Pastu cucu akan bagi selai tisu kat nenda. Dan kemudian tersenyum kembali...