Cuti tak macam cuti. Life yang takde life..Hehehehe...Boleh ke cakap macam tu? Tapi tu lah favourite phrase bagi orang-orang yang macam cik Ifti.
Okeh.Review untuk beberapa minggu yang tak update blog. Dapat wedding invitation daripada Nabilah! Wah, so unexpected...She was the very 'silent' girl during our undergrad class,personally. Very secretive. Nabil, I am so happy for you..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sebelum dan selepas. Selamat menjadi isteri solehah! :)
Lepas tu (lepas dapat undangan tu), terus cik Ifti terfikir. Nanti balik raya mesti ade favourite Q lagi...'' Bila lagi?''..Hahahahaha..Seriously, saya rasa macam sengal. Sebab saya rimas. Saya belum nak kahwin. I have a lot of things to do. Jasa ma dengan abah pun belum terbayar.'' InsyaAllah by the age of 28''...akhirnya idea ni ter'datang' and for the very last year, I gave this answer to those whom always asking..''wHEN, bILA, and bLa3''...Hahahaha.. ''Bakal -bakal pengantin belum bersedia''... Ni skema jawapan untuk tahun 2012 plak.Yeay!
Ok. Kembali pada tajuk asal.
Actually, last nite i was hoping that i could write something about yesterday. Yeah.Yesterday. When I was in lab. Like seriously, i have been thinking about life. Sambil membelek-belek buku, sambil menunggu staining siap,sambil earphone berdendang riang...cik Ifti memikirkan tentang perjalanan hidup. Ke mana aku selepas ni?
Keluhan demi keluhan dari para pensyarah yang cik Ifti dengar. Syarat KPI, satu jurnal ISI-cited setiap tahun. Dan semua pelajar postgrad wajib menghasilkan sekurang-kurangnya 1 (dan 3 untuk pHd) ISI-cited paper, sebagai syarat wajib. Cik Ifti menyambut baik sangat T&C macam ni. Sekurang-kurangnya kita akan lebih berusaha dan fortunately, ia akan menaikkan market price seseorang tu. Cik ifti punye plan pun sangat baik. Untuk peringkat sarjana ni, plan nak publish 2 papers. Hahahaha.Angan-angan betul.Tapi tak salah kan. Dari angan-angan, kita akan bercita-cita dan terus berusaha. Yeah, saya boleh!
Cik Ifti pernah terbaca letter to the editor yang di hantar oleh seorang pensyarah ke akhbar utama di Malaysia. Tak tahulah pensyarah dari mana dan newspaper ape. Tentang nasib pensyarah-pensyarah sekarang selepas KPT mengumumkan dasar ranking berdasarkan ISI-cited, dan mereka merasa sedikit teraniaya.Wallahu 'alam. Cik Ifti tak berani nak komen lebih. Sebab, less is more. Maka, bercakap sikit-sikit sudahla.Hehehehe
Mungkin nasib yang sama akan menghantui para pensyarah akan datang atau mungkin dasar tersebut akan dibubarkan? Entahlah labu.. Allah saja yang Mengetahui. Tapi bila terfikirkan benda-benda yang macam ni, cik Ifti gerun. Kalau boleh, bila dah masuk usia 40 an tu, tak nak lah tension-tension lagi untuk perkara tak sepatutnya. Masa umur yang macam tu, dah patut berbaik-baik dengan jiran tetangga. Sebab masa unur 20-30an dulu-dulu, sibuk belajar, berkerja macam dah takde esok. Berbuat baik dengan jiran kan penting. Nanti bila saat berpisah roh dengan jasad, ade lah jugak orang yang akan membantu memandikan, mengkafankan dan mengusung kita sampai lah ke liang lahad. Cik Ifti gerun, bila ada seorang pensyarah mengatakan yang dia dah macam kera sumbang dalam resident tu sebab nak kejar paper ISI ni.Hukhukhuk. Teruk bebenor bunyiknye tu. Macam tak best je hidup macam tu..
So, persoalannya sekarang. Ke manakah saya selepas ini? Masuk ke bidang akademik atau beralih angin? Rasa macam nak masuk pusat penyelidikan je, sebab lagi senang. Boleh focus on researches je . Oh, abaikan plural bagi research (researches) tu. Poyos je..hehe... Akan difikirkan.Buat masa sekarang, just focus on study, penuhkan ilmu di dada.
Jalan yang seterusnya, serahkan pada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat hambaNYA. Berlapang dada lah dalam setiap jalan pilihan.Sebab kita tahu bahawa Allah ada dekat dengan kita. Berdoalah, dan Dia akan mengkabulinya. Dan saat itu, insan akan mengerti akan kemanisan hidup jika berpaut pada tali Allah. Jika belum dikabuli, teruskan berdoa, kerana doa adalah senjata mukmin :)
Lagi 30++ tahun, insyaAllah cik Ifti akan tersenyum bila tengah minum teh cicah dengan biskut jagung di halaman rumah dengan para cucunda. Teringat betapa sedih hiba dan pilunya hati ini masa zaman muda-muda dulu, bila anak-anak tikus yang nak dikaji di'terbuang' oleh p.i.c ke dalam tong sampah. Teringat anak tikus mati kena makan derang tikus liar hitam yang gemuk dan jahat. Dush! Teringat keletah comel anak tikus (remaja) yang duk mengorat sebab jantan dan betina duk sangkar sebelah-menyebelah.Tergelak sakan aritu. Pastu teringat zaman jadi OKU kejap sebab tak reti-reti nak jaga body posture semata-mata nak bagi makan kat anak tikus. Teringat-teringat-dan teringat, sampai meleleh keluar air mata. Pastu cucu akan bagi selai tisu kat nenda. Dan kemudian tersenyum kembali...
0 budak comel:
Post a Comment