Hidup ini penuh berliku. Jalannya bengkak-bengkok. Itulah sebabnya hidup ini pahit, bagi mereka yang tidak memikirkan hikmah disebaliknya. Tapi hidup ini akan menjadi manis sekiranya kita sentiasa mengambil iktibar di atas sesuatu kejadian. Di situlah letaknya manis sebuah kehidupan. Dan hidup akan menjadi lebih manis jika kita meletakkan sepenuh dan segunung pengharapan pada Allah. :)
Hidup di dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia. Ragam manusia bertudung pink,biru,hijau,putih,hitam adalah berbeza. Begitu jugak dengan ragam manusia yang rambut teknik rebonding, rambut lurus, ikal mayang dan kerinting. Manusia di kampung dan di bandar lain ragamnya. Kawan di utara dan di selatan lain-lain ragamnya. Dan kita sendiri pun berbeza ragamnya pada waktu-waktu tertentu.
Macam mana agaknya jika saban hari kita terpaksa menelah hidup-hidup perangai seorang demi seorang. Hari pertama, mungkin kita masih mampu bersabar. Begitu juga hari kedua. Minggu pertama pun berlalu. Tapi bila minggu kedua dah menyusul, satu perasaan lain akan menyelinap. Bermakna si tanduk dua sedang mengumpan kita. Ada manusia yang akan senang-senang diulit dengan umpan si tanduk dua. Dan terus mempalitkan satu titik hitam di hati mereka..Adakah kita mahu turut sama menambah koleksi titik hitam di hati? Jawanpannya mestilah : TIDAK.
Resipinya sangat senang. BERLAPANG DADA. Ye, cik Ifti akui bahawa berlapang dada memanglah tersangat susah pada mulanya. Kita rasa macam : ''hak alah, pekes selalu aku je kena mengalah'' atau ''aku tensen giler dengan makhluk asing tu..eeeiiiiii'' (macam kenal je dialog-dialog tu,huk4).. Tapi bila dah selalu kita ingatkan pada hati dan minda untuk terus berlapang dada dan senyum, lama-kelamaan ia akan menjadi habit dan kita akan terasa sangat tenang.
Seorang teman memberikan satu analogi mudah. 'Kita ada hati. Bahagikan kepada dua dalam situasi yang sama. Bayangkan hati anda adalah segelas air dan sebuah kolam yang dipenuhi air. Pertama, cuba sempitkan hati seperti segelas air dan masukkan satu sudu garam kedalamnya. Kita akan tetap merasa kemasinan garam tersebut, bukan? Ok.Kedua, cuba masukkan pula garam ke dalam kolam yang penuh berisi air. Kali ini bukannya sesudu garam, bahkan seplastik garam. Adakah kita akan merasai kemasinan garam tu?Jawapannya sudah tentu tidak''. Cuba fikirkan dan bayangkan.
0 budak comel:
Post a Comment