Tuesday 15 February 2011

X.I.E. - X.I.E. D.A.R.L.I.N.G. :)


Assalamualaikum semua!!!! 


Dalam hujan ribut & kilat sesekali sabung-menyabung, CS menggagahkan diri jugak tulis entry ni.Ahahahaha. Sebenarnya sekarang tengah pening, tidur tengahari tadi, macam bing-gong mama je kepala ni.

The objective of writing this entry is to thank people whom is always with me, especially during my hard times.. Rasa-rasanya minggu lepas adalah detik-detik yang paling sukar dalam masa 5 bulan selepas konvo aritu. Hari-hari bertemankan air mata, sakit kepala, sesak nafas. Semuanya rasa tersekat. Sangat tak best perasaan tu!

1) Kak CT ! : Labmate yang sangat understanding. Thanks for always being so helpful and friendly. Secara random, boleh dikatakan yang k.ct adalah satu-satunya orang yang mengetahui masalah CS di lab dari A to Z. Terima kasih akak sebab selalu pinjamkan telinga. Lain kali nak pinjam lagi k! :D K.ct jugak adalah insan yang selalu mengajar CS agar terus menjadi positif. YES! Bukan senang nak menjadi positif, tapi i did it!...try untuk menjadi sangat-sangat positif dalam waktu-waktu yang genting macam tu. Semoga Allah sentiasa memberkati akak. Ameeeen

2) K-own!  : Tiada kata mampu diungkap. Terima kasih banyak-banyak sangat!! :'(          <terharu sangat>


3) K.emi! : Kakak yang sangat-sangat best. Ada apa-apa, k.emi orang pertama saya akan cari untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku. Thanks darling one and only sister whom is always there through thick or thin, high or low. Thank you for being the shoulder to cry on, the pillar to cling on and sharing all the joy and happiness.

4) Kakak-kakak osmet! : Terima kasih kakak-kakak. Terima kasih sudi mendengar dan tak jemu-jemu bagi nasihat.  Sayang kamu semua! 


Lagu ni khas untuk kamu semua! :D


Sayang sangat-sangat!!!!!


Sunday 13 February 2011

Saya Lupa

Assalamualaikum...

Bestnye....Sekarang baru pukol 5.30 pm, tapi hari semakin gelap. Mendung kat luar. Saye suke! Titisan air hujan bagaikan air-air yang membasuh cuci segala masalah saye! Terima kasih Allah kerana menurunkan hujan  di saat kemendungan hati ini. 

Manusia hanyalah insan kerdil yang diciptakan untuk mewarnai dunia. Manusia dicipta untuk membajak amalan di sawah dunia lantas dituai di gudang akhirat. Justeru, kita diuji dengan pelbagai masalah dan ranjau. Dia memberikan kita peluang untuk terus membajai kesabaran dalam diri. Dia memberikan kita peluang untuk terus kuat. Dia memberikan kita peluang untuk terus menuai pahala, semestinya!

Tapi kita selalu lupa tentang itu. Saya selalu lupa bahawa Dia sebenarnya sedang melatih sabar saya disamping  terus membantu saya mengutip mutiara-mutiara pahala. Tapi adakah mutiara-mutiara itu akan terus bertambah andai saya asyik mengeluh? Rasanya tidak. Keluhan saya semakin merapuhkan ikatan tali mutiara-mutiara itu. Mereka akan terputus sekejap lagi. Alangkah pelupanya diri!

Saya bukanlah seorang yang kuat. Walaupun paling kakak dalam keluarga (anak sulung), tapi saya adalah paling cengeng di antara yang lainnya. Hati saya sangat rapuh. Air mata sangat murah! Keluhan sangat biasa! Bermasam muka jugak adalah kebiasaan! Saya memang sangat pelupa!

Saya bercerita dengan seorang teman. Saya menangisi kepayahan diri dalam melayari hidup. Saya menyesali kelemahan diri. Dia tidak akan menimpakan sesuatu kepada saya jika saya tidak mampu. Dia tidak sekejam itu. Dia sedang menguji saya. Dia jugak sedang menguji orang lain. Mungkin orang lain tidak sedar sebenarnya dia diuji dengan kesenangan. Saya pula terasa perit kerana ujian saya jelas berupa kepayahan. Tapi sekali lagi, Dia tidak akan membebankan saya dengan sesuatu yang saya tak terdaya. Dia sayangkan saya! Saya terlupa tentang itu!

Saya mesti sentiasa positif started from now on!Carrot susu mesti selalu positif! Carrot susu rindukan hari-hari yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan. Disamping kawan-kawan yang sangat baik. Carrot susu rindukan kamuu! Jom jumpe! ^^



Our last day of internship :'(



Unforgettable memories :'(




Ponteng keje untuk posing =D



Hari Jumaat selalu balik lab lambat sebab shopen2..gegegege~ :)

p/s: sangat rindukan kamu semua!!!!!

Friday 11 February 2011

Saya ingin berhibernasi~

Assalamualaikum...Salam Jumaat!!!! Heee...lame giler kot CS bermuram DURJANA. 3 hari bertungkus-lumus menghasilkan sesuatu. Dan sekarang dah tiba masanya CS keluar dari segala masalah yang membelenggu. Saya mesti berobjektif! Kih-kih-kih

Rasanya macam dah terlalu lama tak cuti panjang. CS mahu berhibernasi+berlemak-lemakkan di suatu tempat yang boleh melepaskan segala penat lelah,segala masalah, segala debu-debu kota lumpur. Lari seketika dari segala hal masalah lintang pukang yang berlaku di lab. Lari dari bertembung ngan abang-abang bangla tiap kali pergi and balik kerja. Saya mahu bernafas! Oksigen-oksigen-Uh-uh-uh!

Rasa rindu pada pantai semakin memuncak-muncak. Kuala Lumpur tiada pantai ye tuan-puan sekalian. Walaupun saya duduk di 'pantai', tapi ianya bukanlah berpantai..Hehehehe..

CS ingin bercuti. Mungkin sehari, mungkin 2 hari, mungkin seminggu, dan tidak mungkinlah CS nak bercuti sebulan. Mau mati kerinduan anak-anak tikus ai..Sob-sob-sob.I pun leh demam kerinduan tak tengok diorang. Kakaka~

Jadi, blogger-blogger yang budiman, lokasi di manakah yang paling sesuai untuk bercuti dalam tempoh yang singkat macam ni? Dekat-dekat ngan KL dah la.Chalet ke, homestay ke. Bajet belakang kire kot. Mintak  abah sayang sponsorkan...kui4~


Nak tidor kat katil tu 3 hari 3 malam..Bestnyeeeeeeee...... =D

p/s: CS memang terlalu sangat penat. berkerja di lab memang tade life.Seriously!

Thursday 10 February 2011

If you have a dream



Salam guys...jom menyemangatkan diri! =)


With love,
Carrot susu! :D

Wednesday 9 February 2011

kata semangat untuk diri


"it is hard to climb up a hill than down,

 but the view is the best from the 
top"








Arrrgggggghhhhh~

Monday 7 February 2011

agak tertekan!



Pagi-pagi lagi dah kena panggil ngan PROF. Beliau tanye nape tak jumpe dia.Muka dia pun macam da pelik-pelik da. CS tasuke la macam ni.

 'CS memang nak jumpa prof, tapi semalam bilik prof berkunci je'

'Semalam I ade je kat bilik, pintu bilik I tak berkunci'

'CS mundar-mundir banyak kali jugak, setiap kali CS jengah, bilik prof berkunci'

'I ade je kat bilik semalam'

'Ok prof, CS mintak maaf'


Pastu muka prof dah macam tak best untuk ditengok. Pastu dapat tahu yang CS kene komen kat belakang. Prof, I really dont like this.Please, please and please. Saya ingin terus menghormati mu...

p/s : CS dah taknak terserempak ngan prof pasni, untuk harini =.=





A mother's worry never ends

Assalamualaikum...Selamat malam semua! Dah makan?CS dah makan dah pun, beli kat pasar malam. Kueteow gureng + kek cokelat! Hahahahaha..memang berpotensi!

Ekceli CS nak share sesuatu dengan semua. Tentang naluri seorang ibu, yang sangat risaukan dan merindukan anaknya. Ma, I am typing this entry with teary eyes. So, u know how do i feel rite now..Sob-sob~

Sebenarnya malam tadi lepas maghrib MA mesej CS, bertanyakan lokasi CS sekarang ini. CS terus kol ma dan antara pesanan Ma: 1) never and ever keluar malam.maghrib mesti dah ada kat rumah. 2)Jangan bawak motor laju2, jangan pegi jauh-jauh sangat. Only UM-RUMAH-PJ. 3) Jaga diri!.  MA memang sangat bimbang kalau CS masih  berada di luar rumah pada jam sebegini, walaupun alasan CS adalah 'Ma, CS terpaksa stay kat lab lambat sikit, banyak kerja nak settle'. 

Ok...walaupun CS masih bujang trang-tang-tang, tapi  CS sedikit sebanyak dapat menyelami hati  seorang mak, macam mana takutnya seorang mak kalau terjadi dekat anak yang dia  jaga hampir lebih 20 tahun ni. Macam mana rasanya hati mak bila anak yang dia dah lama tak jumpa, tup-tup berdering telefon rumah tengah-tengah malam mengkhabarkan sesuatu yang tak elok didengar. Bayangkan betapa hancurnya perasaan ibu CS!

Seorang ibu pasti percaya akan ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan ILAHI...tapi mereka tetap tidak akan penat 'berleter' sampailah anaknya betul-betul selamat. CS kadang-kadang terasa berat jugak. Ma memang sayangkan CS, CS sangat-sangat tau tentang itu. Tapi sesekali CS terpaksa mengingkari sebab CS terpaksa. Maafkan CS Ma! :'(   Cs promise, pasni CS tak akan buat lagi.



CS posted kan kerisauan Ma di Facebook. Dan subhanallah, ramai sangat kawan-kawan yang 'LIKE'. Thank you for the like, deary. CS sayang kamu semua jugaks! Mama Edah & Dr Yati jugak tak terkecuali. CS sayang mereka berdua. Hati seorang ibu di kampung yang di'connect'kan kepada dua orang ibu tercinta di bumi UM!!!  And to IBU HAYATI,thanks a lot for the meaningful & delicious poem u wrote. I really appreciate you, your love and your concern. Thanks for being my 'MUM' when I really need someone to hug, to wipe my tears...I do love you..Soooo much. Till  the end~









Sunday 6 February 2011

Mud-oh-mud

Assalamualaikum..Camat pagi Isnin semua!!! Kerja rajin-rajin, jangan malas-malas. Nanti bos tak sayang..Kih-kih-kih~

CS tadi berlari-lari ke lab sebab nak prepare chemical untuk pagi ini. Pastu duk bersenang-lenang kat depan pc sampaila sekarang. Terasa macam malas la plak nak bangun. Mata still terasa mengantuk. Kesan cuti 4 hari, tidur puas-puas. Sangat best!!!




Mood berkerja dah terbang entah ke mana. Ya Allah, terasa sangat malasnya. Badan pulak terasa macam tak sedap je. Mulut terasa tawar. Kepala pusing. Muscle pain is exaggerating. Ish, apekah ini. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku. Ameen~

p/s : tadi dapat mesej dari staf AH, sekor tikus mati lagi.hurm.innalillahiwainnailaihiroji'un~

Dia sangat baik!

Assalamualaikum...malam update. Tidur petang tadi membawa pening ke malam hari. Tasuke2!! Bile mata dah tak mengantuk, kita  buat kerja macam-macam. Settle kan apa yang patut di settle. YES!

Slide-slides dah siap disusun untuk tontonan prof esok. Erm...rasa macam tak bersedia nak jumpa orang-orang kat dept. Sebab dah seminggu terbiasa dengan orang yang sedikit di dept sebab ramai yang cuti seminggu utk Hari Wilayah & CNY!!!

Now, tengah melepaskan penat mengIRON sebakul baju untuk bekalan minggu ni. Padahal bukan sebakul pon, 4-5 pasang je pon. Ha-ha-ha! Yang syoknye mengIRON sambil menanam minat terhadap MERLIN. ok lah, not bad..Wah, saya macam berminat plak dengan cerita ni..Lenkali boleh nonton lagi~

Nak bercerita pasal seorang kawan baik. Dia sangat baik! Dan memang sangat baik! Saya suke la kat dia ni!Ha-ha-ha. Jangan loya-loya keh!

Seriously, CS sangat bersyukur sebab dipertemukan dengan insan sebaik dia. Tempat mengadu susah-senang. Dia sahabat, kawan, teman dan macam-macam lah!




To awak, awak tau sapa yang CS maksudkan. Silalah awak kembang semangkuk sekarang. Nak kembang sekawah pun takpe..Ha-ha-ha~

p/s : CS pun nak jadi baik macam awak! :)

Saturday 5 February 2011

Alf Mabruk~

Salam tengahari ahad semua!

Quick update from av rum, Dept of Anat :

Tahniah buat Na & A. Lil & jugak budak tecik ZH yang baru je menyambut kedatangan orang baru tengahari semalam..Semoga menjadi anak yang soleh. Ameen..Alfu Mabruk! Entah bila lah pulak CS boleh menimang anak sendiri..

Niat nak pergi menziarah semalam tertunda sebab hujan lebat & petir sabung-menyabung di kota lumpur ni. Terpaksa postponed ke hari ini. Tapi rasa macam kurang sihat. Sakit kepala & panas dahi! Lepas ni terus makan panadol dan pengsan!

P/S : Tibe2 ade bau nasik goreng paprik dalam bilik ni..siapakah yang datang makan kat dept hujung2 minggu macam ni..errr.....bye--assalamualaikum ^^

Friday 4 February 2011

EnNoUnSeMeNg!!

To all readers, berkebarangkalian besar, blog CS akan dipaparkan dengan kisah-kisah benar a.k.a palsu a.k.a dongeng CS,kisah suka duka hidup berkelana jauh dari  mak ayah  ni, kisah orang sekeliling dan macam-macam la kot..




Jadi......jangan fikir banyak-banyak...


ERRrrrr...S-s-s-i-i-r-r-r-r,

PLEASE HAVE A SIT


AND

STAY TUNED!!!!

WILL BE RIGHT BACK!  V(=.=)V---peace!

CS stands for Carrot Susu

Hai semua...apa habaq?hahahaha..malam tadi mimpi bermastautin kat kedah, so kene SKIPPING kedah la plak.Assalamualaikum kawan2!!Jom kite spread the love to the entire world!YES-YES~!

Semalam, CS ke shah alam. Kononnya nak tolong aunty yang baru pindah rumah baru tu.CS meng'OFFER'kan diri dan terlupa keadaan diri yang tengah sakit. Sebenarnya dah hampir 2 minggu CS menderita muscle pain . Terasa macam orang tua la.Jalan pun terbongkok-bongkok.Dan menurut seorang kawan CS, katenya..mungkin lepas siap master baru CS sembuh dari muscle pain...hahahahaha.KEJAM!

Di shah alam, seronok sangat-sangat tengok keletah ZH. Memang best, dan kadang-kadang geram macam nak cekik-cekik pun ado! Aish budak tu, peel seorang kakak yang bakal mendapat adik baru..hahahahaha.JEALOUSY-mebi~

Latest update : Semalam masa tengah bagi makan anak tikus, CS tercucuk jari sendiri.Macam mana tu?Mungkinkah darah tikus sedang mengalir bersama darah CS dalam badan CS????Jeng3......


Pesanan penaja : Spread the love!

First entry!
Kenapa blog ini dinamakan sedemikian rupa?
Har-har-har!!
Biar lah rahsia..


Cinta bukan semata-mata dizahirkan dengan ungkapan ini;




Ni pun cinta..




Cinta se'EKOR' ibu kepada anaknya....





Cinta si lomber-lomber pada laut....




Cinta manusia yang memBUAHkan ini...
 


Walau sehebat mana cinta kita terhadap sesiapa pun...




JANGAN..........



SESEKALI MENGATASI CINTA KITA KEPADA SI DIA!



HE IS THE MOST GRACIOUS & THE MOST MERCIFUL..THE ONE WHOM SHUD BE LOVED THE MOST!