Assalamualaikum...Salam Jumaat!!!! Heee...lame giler kot CS bermuram DURJANA. 3 hari bertungkus-lumus menghasilkan sesuatu. Dan sekarang dah tiba masanya CS keluar dari segala masalah yang membelenggu. Saya mesti berobjektif! Kih-kih-kih
Rasanya macam dah terlalu lama tak cuti panjang. CS mahu berhibernasi+berlemak-lemakkan di suatu tempat yang boleh melepaskan segala penat lelah,segala masalah, segala debu-debu kota lumpur. Lari seketika dari segala hal masalah lintang pukang yang berlaku di lab. Lari dari bertembung ngan abang-abang bangla tiap kali pergi and balik kerja. Saya mahu bernafas! Oksigen-oksigen-Uh-uh-uh!
Rasa rindu pada pantai semakin memuncak-muncak. Kuala Lumpur tiada pantai ye tuan-puan sekalian. Walaupun saya duduk di 'pantai', tapi ianya bukanlah berpantai..Hehehehe..
CS ingin bercuti. Mungkin sehari, mungkin 2 hari, mungkin seminggu, dan tidak mungkinlah CS nak bercuti sebulan. Mau mati kerinduan anak-anak tikus ai..Sob-sob-sob.I pun leh demam kerinduan tak tengok diorang. Kakaka~
Jadi, blogger-blogger yang budiman, lokasi di manakah yang paling sesuai untuk bercuti dalam tempoh yang singkat macam ni? Dekat-dekat ngan KL dah la.Chalet ke, homestay ke. Bajet belakang kire kot. Mintak abah sayang sponsorkan...kui4~
Nak tidor kat katil tu 3 hari 3 malam..Bestnyeeeeeeee...... =D
p/s: CS memang terlalu sangat penat. berkerja di lab memang tade life.Seriously!
0 budak comel:
Post a Comment