Bestnye....Sekarang baru pukol 5.30 pm, tapi hari semakin gelap. Mendung kat luar. Saye suke! Titisan air hujan bagaikan air-air yang membasuh cuci segala masalah saye! Terima kasih Allah kerana menurunkan hujan di saat kemendungan hati ini.
Manusia hanyalah insan kerdil yang diciptakan untuk mewarnai dunia. Manusia dicipta untuk membajak amalan di sawah dunia lantas dituai di gudang akhirat. Justeru, kita diuji dengan pelbagai masalah dan ranjau. Dia memberikan kita peluang untuk terus membajai kesabaran dalam diri. Dia memberikan kita peluang untuk terus kuat. Dia memberikan kita peluang untuk terus menuai pahala, semestinya!
Tapi kita selalu lupa tentang itu. Saya selalu lupa bahawa Dia sebenarnya sedang melatih sabar saya disamping terus membantu saya mengutip mutiara-mutiara pahala. Tapi adakah mutiara-mutiara itu akan terus bertambah andai saya asyik mengeluh? Rasanya tidak. Keluhan saya semakin merapuhkan ikatan tali mutiara-mutiara itu. Mereka akan terputus sekejap lagi. Alangkah pelupanya diri!
Saya bukanlah seorang yang kuat. Walaupun paling kakak dalam keluarga (anak sulung), tapi saya adalah paling cengeng di antara yang lainnya. Hati saya sangat rapuh. Air mata sangat murah! Keluhan sangat biasa! Bermasam muka jugak adalah kebiasaan! Saya memang sangat pelupa!
Saya bercerita dengan seorang teman. Saya menangisi kepayahan diri dalam melayari hidup. Saya menyesali kelemahan diri. Dia tidak akan menimpakan sesuatu kepada saya jika saya tidak mampu. Dia tidak sekejam itu. Dia sedang menguji saya. Dia jugak sedang menguji orang lain. Mungkin orang lain tidak sedar sebenarnya dia diuji dengan kesenangan. Saya pula terasa perit kerana ujian saya jelas berupa kepayahan. Tapi sekali lagi, Dia tidak akan membebankan saya dengan sesuatu yang saya tak terdaya. Dia sayangkan saya! Saya terlupa tentang itu!
Saya mesti sentiasa positif started from now on!Carrot susu mesti selalu positif! Carrot susu rindukan hari-hari yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan. Disamping kawan-kawan yang sangat baik. Carrot susu rindukan kamuu! Jom jumpe! ^^
Our last day of internship :'(
Unforgettable memories :'(
Ponteng keje untuk posing =D
Hari Jumaat selalu balik lab lambat sebab shopen2..gegegege~ :)
0 budak comel:
Post a Comment