Wednesday 7 December 2011

Planner

Assalamualaikum. Gara-gara tertidur lewat malam tadi, saya akhirnya terlewat bangun! Ini semua salah korea-siapa suruh cerita tu best sangat. Hehehe. Akibat terlewat bangun, saya akhirnya decided to not going to lab today. Hari ini fokus untuk managing my references yang berlambak tu. Dah tak tersusun agaknya. Perlu simplify ke dalam Excel, instead of EndNote. Lagipun kerja lab saya untuk minggu ini dah habis. Minggu depan pula menanti. InsyaAllah. One more thing, saya nak bagitahu yang PROTEOMICS sangat-sangat best. Terasa nak pecah kepala ni berfikir-fikir, mencari solusi, sementelahan saya sangat tiada rujukan dikalangan pensyarah kerana mereka bukan dari specialization ini. Mungkin saya perlu gandakan usaha untuk mencari pensyarah yang betul-betul boleh menyelia saya. Allahumma yassir wala tu'assir. Ameen. *Thank you for always helping me- u know who you are-*

Lagi 2 bulan sebelum hari besar saya, saya dapat merasakan timbunan dan lambakan kerja yang sangat banyak. Terasa seperti diri ini perlu dikerat dua. One half mesti berada di rumah/library untuk Literature Review, dan another half must be in lab, untuk memproses semua sample saya. Masalahnya mesin pulak yang buat hal. Hurm. Menunggu jawapan dari P.I.C yang jawapannya semestinya adalah : 'Tak Tahu'. Sobrun Jameeeeeeel sahaja.

Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa dan adek-beradek yang sangat excited dengan persiapan saya. Merekalah harta saya yang paling bernilai. Tiada taranya! Mereka yang tersangat banyak membantu. Terutama ma dan abah.  Saya wakilkan ma dan abah untuk menguruskan semuanya di kampung Adek-adek yang semangat nak buat kerja sedangkan semua kerja ma dan abah dah settlekan. Kerja basuh pinggan mangkuk ye adek-adekku. Hehe.Hal yang kecil-kecil saya settlekan dari sini sahaja. Semoga Allah memberkati mereka semua. Ameen.

Ok. I have got to go. Perlu study Excel. Perlu enter data. Perlu study proteomics lagi. Tiba-tiba saya terasa macam nak sambung je cerita korea semalam. Hehehe. Ok, now FOCUS!  ^^

0 budak comel: