Tuesday, 27 December 2011

The saddest moment ever. It already happened!

The saddest moment ever. Saat yang saya takuti sudah berlaku. Saya hanya mampu tersenyum. Hanya dua titik air jernih yang mengalir. Sedih sangat. Apa-apa pun jua natijahnya, saya hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan hati saya, melindungi saya dan keluarga serta membimbing kami ke jalan yang Dia redhai. Dan semoga ujian ini menguatkan lagi pengabdiaan saya kepada Dia. Ameen. Manusia memang begitu. Ingat Allah di waktu susah sahaja. Tetapi doanya semoga saya bukan dalam kalangan mereka itu. InsyaAllah.

Ok lah. Saya mahu melupakan kisah sedih tadi. Tak tahu sebenarnya nak meluahkan kepada siapa. Takut diluah, disalah tafsir.Sudahnya hanya disimpan di dalam hati. Dan harapnya esok ia akan lenyap. 

Wednesday, 7 December 2011

Planner

Assalamualaikum. Gara-gara tertidur lewat malam tadi, saya akhirnya terlewat bangun! Ini semua salah korea-siapa suruh cerita tu best sangat. Hehehe. Akibat terlewat bangun, saya akhirnya decided to not going to lab today. Hari ini fokus untuk managing my references yang berlambak tu. Dah tak tersusun agaknya. Perlu simplify ke dalam Excel, instead of EndNote. Lagipun kerja lab saya untuk minggu ini dah habis. Minggu depan pula menanti. InsyaAllah. One more thing, saya nak bagitahu yang PROTEOMICS sangat-sangat best. Terasa nak pecah kepala ni berfikir-fikir, mencari solusi, sementelahan saya sangat tiada rujukan dikalangan pensyarah kerana mereka bukan dari specialization ini. Mungkin saya perlu gandakan usaha untuk mencari pensyarah yang betul-betul boleh menyelia saya. Allahumma yassir wala tu'assir. Ameen. *Thank you for always helping me- u know who you are-*

Lagi 2 bulan sebelum hari besar saya, saya dapat merasakan timbunan dan lambakan kerja yang sangat banyak. Terasa seperti diri ini perlu dikerat dua. One half mesti berada di rumah/library untuk Literature Review, dan another half must be in lab, untuk memproses semua sample saya. Masalahnya mesin pulak yang buat hal. Hurm. Menunggu jawapan dari P.I.C yang jawapannya semestinya adalah : 'Tak Tahu'. Sobrun Jameeeeeeel sahaja.

Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa dan adek-beradek yang sangat excited dengan persiapan saya. Merekalah harta saya yang paling bernilai. Tiada taranya! Mereka yang tersangat banyak membantu. Terutama ma dan abah.  Saya wakilkan ma dan abah untuk menguruskan semuanya di kampung Adek-adek yang semangat nak buat kerja sedangkan semua kerja ma dan abah dah settlekan. Kerja basuh pinggan mangkuk ye adek-adekku. Hehe.Hal yang kecil-kecil saya settlekan dari sini sahaja. Semoga Allah memberkati mereka semua. Ameen.

Ok. I have got to go. Perlu study Excel. Perlu enter data. Perlu study proteomics lagi. Tiba-tiba saya terasa macam nak sambung je cerita korea semalam. Hehehe. Ok, now FOCUS!  ^^

Monday, 5 December 2011

Pergantungan hanya padaNYA

Assalamualaikum.Sangat lama rasanya saya tak mencoret di sini. Terasa rindu, tapi tak tahu apa yang hendak dicoretkan. InsyaAllah entri kali ini akan menjadi entri terpanjang sepanjang tahun 2011 ini. 

Sepanjang peninggalan selama beberapa bulan, saya tetap menjengah blog ini. Sekadar melepaskan rindu. Tapi bila mahu mula menulis, idea mati. Kontang rasanya. Terlalu banyak yang hendak dikongsi hinggakan saya tak dapat meng'express'kannya into words.

Minggu lepas minggu paling mencabar bagi saya untuk bulan terakhir 2011 ini. Masalah penyelia sebenarnya. Penyelia yang pernah menjadi pensyarah saya dahulu. Terasa macam diri berdiri di atas pagar yang tinggi. Tersilap mengatur langkah saya akan terus jatuh. Sama ada jatuh ke kiri atau ke kanan, kedua-duanya akan menyakitkan saya. Sebolehnya saya berusaha untuk melakukan yang terbaik. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak terburai, rambut tak akan putus. Sangat susah kan? 

Sepanjang minggu saya berfikir. Bebanan fikiran,bebanan tempat kerja, bebanan majlis untuk kerja part-time. Saya terasa seperti menjadi mini-klon kepada PM. Baru saya terasa betapa susahnya tugas beliau. Nak menjaga hati semua pihak.Tanpa mencederakan mana-mana hati, kerana saya akan terasa bersalah seumur hidup. 

Saya berdoa, meminta semoga Allah mempermudahkan segalanya. Menelefon teman yang saya hormati untuk meminta nasihat dan kata semangat darinya (*u know who you are*). Dan Alhamdulillah, kepenatan berfikir sehingga sakit kepala, gugurnya airmata kerana terlalu sedih akhirnya di balas. Terima kasih, teman. Allah telah memberikan keputusan yang terbaik. Benarlah, hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati setiap makhlukNYA. Segala masalah perlu kembali kepada Allah. Tak perlu meratapi, menangisi dan mengungkit-ungkit. Ujian itu tanda Allah sayang. Semoga hidup saya tidak lekang dari ujian, kerana saya tahu Allah sayang saya. =)