Sunday, 12 January 2014

2013 & Rezeki Muharram

Selamat Tahun Baru 2014! Tahun baru semangat baru? Aha- not for me. Tahun baru sebagai pembuka tirai alahan yang agak teruk lah bagi diri ini. Demimu anak, mommy rela menanggungya. :')

Lets recap my 2013. Takdelah menda yang menarik untuk dikongsi. Tapi sebagai nota untuk dikenang kembali di waktu tua nanti. Almaklum diri dah semakin berusia, sel-sel otak dah semakin menyusut. Hehehe

PINDAH RUMAH:

Penghujung 2012 masuk rumah baru di Puchong. Agak dekat dengan UM, tapi disebabkan jammed, menjadikannya semakin lama. Minyak terbazir macam tu je. Sudahlah minyak mahal. Hehehehe. Awal-awal kitorang masuk sini lif selalu rosak sebab ada budak-budak suka main lif. Geram lah jugak, nak menapak aik ke tingkat 7. Dengan semputnya lagi. Hurm. Alkisahnya budak tu pernah tersekat dalam lift sebab dia sendal pintu lif dengan kayu. Harap lepas ni adik insaf lah ye. Tak baik menyusahkan orang. Huhu. Life kat sini tak se'best' Sepang. Sini dah masuk area bandar kan. Jiran pegi keje balik keje. Sangat bohsan! Tapi bersyukurlah, orang lain takde rumah pun nak berlindung dari hujan panas. Ye dak? Sobs :'(

DAPAT RESULT:

Lepas hampir 12 purnama berhempas pulas, akhirnya Allah bagi izin untuk mendapatkan result. Di tengahari hening, terus mesej Prof dengan sendu. Hehehe. Memang sangat bersyukur. Dan Prof pun macam touching-touching je. Ye lah, result ni affect reputation dia kot. Memang banyak adegan air mata semata-mata nk dapatkan result part ni. Hehehe. Alhamdulillah.

LIL' CALIPH IN MY WOMB :

Alhamdulillah Disember 2013 saya dan suami direzekikan dengan segumpal darah yang berusia 4w di dalam rahim ku. :') Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Syukran Allah for such blessings. Kami rindu! Rindu! Rindu!-kan little caliph ini  :') EDD insyaAllah pada 13 Ogos 2014. Di waktu orang tengah galak makan ketupat lemang rendang. Harap-harap sempat merasa. Ameeeen :)

Sekarang ni dah nak masuk 3rd month. Mommy tengah gian mendengar lagu-lagu raya evergreen. Tak tahu pasal apa. Mungkinkah pembawakan budak? Semoga sayang sihat-sihat selalu ye. 

Till we meet again!
xoxo


Saturday, 24 August 2013

After 1 year +++

Alhamdulillah, I was so surprised last nite. I got two faint line as I tested my urine! Alhamdulillah, after 1 year and plus, Allah gave me a chance to seeing it over again. Only He knows how missed I am to re-experience that great feelings :')

Last night : 

But, automatically something crossed to my mind. I just finished my menses and I am on medication right now. I told myself to be relax and acted cool. Tomorrow morning, lets re-check. And things went back as usual, was watching bola with husband. Terengganu vs Kelantan. And I condemned both groups for such performance?! It was not interesting at all. But nice shoot from Kelantan for their 2nd goal. Thats all. Sorry for being to frank. Hahaha.

This morning : 
Before Subuh, early in the morning I get up and did urine test. And as expected, I got 1 line. Yeah, it was chemical pregnancy. Thanks Allah. At least, I could feel the fullest excitement last nite before going back to my sense. Ngehngehngeh. Allah is the Most Almighty. 

For those who are still thinking what is chemical pregnancy, hope these will help :
1. http://miscarriage.about.com/od/onetimemiscarriages/p/chemicalpreg.htm
2. http://www.pregnancycorner.com/loss/chemical-pregnancy.html
3. http://healthypair.com/what-are-chemical-pregnancy-symptoms
4. http://www.babycenter.com/400_what-is-chemical-pregnancy_2835616_820.bc


And of course I will tell my doc about this in our next appointment. InsyaAllah :)

Friends, please pray for me yah. InsyaAllah you will always be in my du'a. 

Till next time. Have great Sunday dearies!  Wassalam.

Thursday, 22 August 2013

Self-motivation

Fuh..Fuhh.Fuuuhhhh... 
 
Acknowledgement 

Hye all! Sorry for the long hiatus. Haha. Life was so tough recently but Alhamdulillah, with hubby's, parents', siblings', fav aunty's, aunties, lecturers'  and friends' (of course!) support, I can face it all. Wah, bravo ME! hehe. 
Point No 1. # Facebook statuses/ updates
 Si A : 'Alhamdulillah, 2 lines clearly appeared. Thanks God!'
Si B : 'Alhamdulillah, penantian berakhir. Semoga kehadiran si cilik menceriakan lagi rumah tangga kami'
 and it continues..
Alhamdulillah, I have get myself fully prepared for it and I congratulate all of you with such happy news, and for those whom are still waiting for good news, do not stress out yourself too much. Yeah, I know being positive is not an easy pz tingy, but lets give it a try, Okay? It's okay to 'pause' yourself for a while, but please do not always put yourself in sadness. For your information, I am a part of you, too :) 
Point No 2. # Be positive!
Before, I was always in negative mood, always thinking about getting pregnant plus not working experiment which did not even generate me any data?! It was my Monster stories. Nowadays, I am quite relax, enjoying my so-so life, and Alhamdulillah I got the result for my experiment (after struggling almost 1 yr for that part) AND hopefully this will be my last effort throughout my Master's degree journey. Oh my degreee, I sacrificed a lot of tears only for you. Kuang3.
Point No 3. # Get closer to Allah

Lately I changed a lot. I have decided to. Nobody can change me except meself. What I learnt was, always put Allah in front of your problems. Allah gave us the problem, and only He can solve it for us (of course with efforts). Back to HIM.
When I was in my first degree time, I was an ambitious student (i was not a best student, tho). I trained myself to get (MUST) what I WANT, and I will struggle for it. And at last, I will be the happiest person in the world. But I was not totally frustrated if I failed (at least I still have some faith left in me, its all about Qada' and Qadr). Something to highlight here, the thing is getting a way too different now. I realized that not every time I can get what I want. Allah will put hardships throughout our journey just to make us realize that we still have Allah in this world. He is the one whom we can share everything with. Every single tiny thing. Full stop. 
Point No 4. # Dont ever look to others who are higher than you

This is the most crucial point. Please, NEVER compare yourself to others, especially the one who is much more better than  you. Come on, we have different faces, different skin tones, different heights and weights, then how come you expect yourself to be just like others? A big NO for this. After all these hardships, I tell myself to always look at other people who are under/below you. It's a kind of self-motivation actually. Be grateful with what you are having now. No need to make comparison between us all. Allah had created us all perfectly, with perfect plannings too (Its Qada' and Qadr). But it does not mean you do not need to put some efforts on it. Sometimes, looking at people who are better than you (I mean their  performances) is good for motivation. I can not deny this. But please do not blame Allah for His tests.  Just like my case, we have been tested with miscarriage and up till now, I am still not fully-recovered. Only us and family know how much have we spent for treatments. DO NOT SIGH BACK. This is all a fruity rewards for us, Insya Allah. The same case with my failed experiments. Allah wants me to add more knowledge in this area. So HE failed me many times and once He succeeded me, I was feeling like crying. The feeling was different. Its worth me! Alhamdulillah.
#Saying goodbye #
Ok. It's Zuhur already. Time to stop blabbering. Trust me, writing this entry did not mean to tell others that I am sooo goood. Nope! I just think I should write this for my reference. Our imaan yazid wa yanqus (Increase and decrease). I will get back to this entry to comfort myself. I am no perfect creature. Sometimes I will feel down. It's normal, just prevent it from going overlimit. I talk about this entry in my small context. Please do not compare it with others. Thank you. Till next time.  Wassalam

Thursday, 21 February 2013

Hampir setahun dan terus bersabar


Sudah agak lama saya tak menjengah ke sini. Biasanya saya hanya akan membuka laptop di UM sahaja kerana setelah pulang dari uni, saya akan sibuk dengan urusan menguruskan hal ehwal rumah pula. Jadi sangat jarang saya membuka laptop/mengulangkaji di rumah, kecuali pada waktu hujung minggu ataupun di waktu-waktu lain yang terdesak. Tetapi, malangnya di UM, saya tak akan dapat log in akaun blogger kerana di block dengan akaun Siswamail. Jadi, saya terpaksa melupakan hasrat untuk menulis entri di sana, dan hasrat itu terus berkubur begitu sahaja. Ok , masalah log in berakhir di sini  :)

Salam sayyidul ayyam buat semua. Jumaat barakah kunjung lagi. Dah mandi sunat pagi Jumaat? Dan mandi sunat sebelum solat Jumaat bagi kaum Adam? Dah potong kuku? Hehehe. InsyaAllah, jika kita berniat untuk mengikut sunnah Rasulullah, insyaAllah diganjarkan kita dengan yang pahala yang setimpalnya. Ameen.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejam celik pejam celik. Dah hampir setahun masa berlalu. Kami disatukan pada 9 Mac 2012. Dan sepanjang hampir setahun usia perkahwinan,  macam-macam ujian dan ranjau kami tempuhi. Di sebalik khabar gembira, pasti terselit khabar duka. Suami, keluarga dan rakan-rakan sebagai penggalak. Terima kasih.

RUMAH:

Kami berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Lagaknya macam orang nomad. Haha. Seminggu selepas majlis resepsi di rumah pihak lelaki, kami kembali ke KL. Malangnya, tuan rumah yang dijanjikan menghilang. Alhamdulillah deposit belum dibayar, tu pun request owner sendiri sebab katanya based on trust. Akhirnya kami yang frust. Malam pertama di KL akhirnya di hotel. Terima kasih abah sebab sudi nego sampai jadi dengan kawannya di hotel tu. Dapatlah discount sikit. Heeee. 

Keesokannya, misi mencari rumah baru bermula lagi. Tapi, mungkinkah perempuan sedikit cerewet? Kebanyakan rumah saya reject. Dengan alasan kurang selesa. Selesa di sini bukan bermaksud fully-furnished, tapi sooo many factors need to be considerated. Suami mengikut sahaja kehendak isterinya. Hehehe. Terima kasih suami! Mission failed. Malam kedua menumpang di rumah makcik sahaja. Hampir seminggu kami berulang-alik dari Shah alam. Terima kasih Cikna dan AyohLil :) Di sini saya menumpang kasih dengan kakak dan Umar. Haha

Akhirnya, selepas seminggu rumah pertama kami bertempat di Sepang. Alhamdulillah, dekat dengan tempat kerja suami. 5 minit sahaja. Dan perjalanan saya ke UM mengambil masa hampir sejam dan biasanya akan berganda ke dua jam. Biasalah. KL kan jammed. Dan setelah 6 bulan di Sepang, Disember 2012, suami ditukarkan ke Bukit Jalil. Mencari rumah di area sana memang mencabar kesabaran. Hot selling sungguh. Macam pisang goreng panas. Kadang-kadang boleh sakit jantung bila berebut-rebut call owner rumah.  Itu pun tak termasuk lagi dengan beberapa buah rumah/apartment yang saya reject sebab tak berkenan. Saya akui agak cerewet memilih sebab kita kaum perempuan yang akan menguruskan rumah tu kan. Kuasa di tangan kita. Hahaha. Akhirnya, kami pilih rumah yang agak jauh dengan tempat kerja masing-masing, affordable with our current status. Lagipun saya belum berkerja tetap, jadi agak risky untuk mendahulukan keselesaan buat masa sekarang. Takpelah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kan? :) 

MENGANDUNG & KEGUGURAN:

Sepanjang hampir setahun perkahwinan, saya pernah dibahagiakan dengan kandungan pertama yang keguguran tatkala usia kandungannya menjengah  usia 2 bulan. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya masih di beri peluang untuk merasai betapa gembiranya sampai terlompat-lompat tatkala ujian UPT adalah positif selepas Isyak pada hari itu. Masa tu dah sebulan usia kandungan. Diberi peluang untuk sujud syukur buat pertama kalinya selepas berkahwin. Dan saat yang paling best adalah apabila suami membacakan ayat-ayat Al-Quran sambil menggosok-gosok perut setiap malam. Indah! Tapi, semuanya kuasa Allah. Allah meminjamkan kegembiraan hanya sebulan, sebelum kembali mengambilnya kembali tanggal 1 Ramadhan tahun lepas. Seluruh keluarga menangis. Iyalah, janin saya bakal cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Sahabat tak pernah lekang memberi nasihat. Keluarga tak akan dapat di cari ganti, sahabat selamanya hingga ke syurga. Ujian bertimpa, lantaran ketidakfahaman dan ketidakhadiransifatkeibuan seseorang yang mengaku saya adalah orangyang terdekat dengannya. 

Hari kedua selepas keguguran saya gigih menaip thesis yang sehingga ke hari ini belum bertanda, saya pasti. Saya mengadu kepada ibu di kampung. Luruh lagi air mata si ibu. Berkongsi dengan kedua adik di FB, air mata mereka gugur bersama kesedihan si kakak. Berkongsi bersama pensyarah dan senior di mesej telefon, membuak-buak keluarnya si air mata. Tipu lah kalau ada yang tidak sedih, ditambah dengan sikap sesetengah orang yang dulunya mengaku rapat. Silap saya sewaktu keguguran, saya tidak berpantang sebetulnya. Minggu kedua saya sudah berlari ke sana ke sini, membuat kerja makmal dan sebagainya. Sebenarnya tanda protes saya. Dan sesudahnya, saya emelkan semua result experiment kepada yang menginginkannya. Titik. Natijahnya, saya masih belum sepenuhnya sembuh dari keguguran 7 bulan yang lepas. Allah Maha Agung. Saya redha dengan takdirNYA. Nasihat saya kepada adik-adik yang baru keguguran atau bersalin, berpantanglah betul-betul. Rahim kita cuma satu, tiada gantinya. Kerja, pelajaran dan hal-hal lain insyaAllah akan berganti :')

I'M SO JELLY:

Owh, I am so jelly. Ya, saya cemburukan kawan-kawan yang berkahwin sesudah saya yang kebanyakannya sudah memasuki semester ketiga kehamilan tatkala entri ini ditulis. Semuanya sudah semakin sarat. Alhamdulillah. Rezeki mereka mudah memperoleh anak di usia muda. Kadang-kadang apabila fikiran sebegini datang menyinggah, saya akan terus beristighfar. Allah tidak akan menguji hambaNYA melangkaui had kemampuannya. UZAR juga pernah berkata, jangan bandingkan milik kita dengan milik orang lain. Yakinlah bahawa kepunyaannya terbaik untuknya dan kepunyaanmu terbaik untukmu. Saya wajib kembali pada Rukun Iman yang ke-6 itu. 

Dua hari lepas saya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas dikonsultasi, saya dibekalkan dengan dua jenis ubat. Tetapi, setelah proses timbang tara bersama suami, internet, keluarga dan rakan, akhirnya saya decided untuk tidak mengikut saranan doktor buat masa terdekat. Saya ingin konsisten dengan makanan sunnah/tradisional yang saya amalkan sejak berbulan lepas. Semoga usaha saya diberkati dan dirahmati. Demi Allah, saya tidak akan putus berdoa :')



Wassalam :)






Monday, 26 November 2012

Hye!

It has been such a long time since my last entry. Wah, life was too hectic, sangat-sangat! We are currently moving to our new house. In Puchong. Tadaa! Our second-rented apartment. Still havent enuf money to buy the real one *palm face*

Sekarang hubs balik ke Kedah kejap sebab he has to report himself there before moving to the new office somewhere in KL. I (We, actually) am/are hoping that we can cope with our new life here. Puchong is  well-known for its heavy traffic jam kan? Esp during pick hour. So, azam bulan Disember adalah, getting up as early as possible so that I can go out early and really do no wish to face and stuck in traffic jam. Rugi petrol! 

So sekarang, otak tengah ligat fikir macam mana nak deco rumah baru kitorang tu. Sebenarnya dah request dekat tuan rumah untuk tampal lubang-lubang dan touch up sikit-sikit. So far, hubs still bagi nice comments about him(the owner). He is an easy-going person. Tak de lah berkira sangat. Alhamdulillah. Semoga that was the real him. InsyaAllah.

Ok lah. Till next time. Take care dearies :):)




Monday, 10 September 2012

Pengalaman Keguguran

Nothing much to say. Knowing the fact that this blog has no follower (hehe), so saya akan terus menulis dengan senang hatinya sebagai memori di usia emas. InsyaAllah kalau panjang umur.
This time, saya nak 'file' kan pengalaman 'bersalin kecil' sebulan yang lepas. 
Alkisahnya, pada 29 June 2012, saya tergerak untuk membuat ujian rapid test UPT (Urinary Test Pregnancy) since saya dah terlewat datang bulan. Padahal baru seminggu dua terlewat. Saya dah agak sth. Hehehe. Excited punya pasal. Sebelum ni, menstrual cycle saya sangat baik, teratur je. Ketidakhadirannya menambahkan lagi instinct yang saya pregnant. Saya desak jugak lah sang suami belikan UPT sebab memang dah terlalu tak sabar. Akhirnya petang Jumaat tu, habis je waktu kerja, lepas suami pick up saya dari KTM station, kitorang berhenti klinik panel. I got free UPT worths RM12. Hehehe. Alhamdulillah dapat.
Trough readings, the  best time untuk buat this test adalah waktu pagi masa bangun tidur waktu nak semayang Subuh tu, sebab time tu urine pekat & pure dan tak akan dicampuri dengan segala macam makanan yang boleh meragukan hasil ujian. Tapi disebabkan sikap ketaksabaran (as I mentioned in the first para), lepas Isyak lepas setelkan semua house chores, saya buat test tu. Satu line (control) naik. Berdebar-debar. Dan dengan cepatnya lain kedua naik. Alhamdulillah, positive! Terus panggil suami dan terus sujud syukur. Malam tu jugak kitorang pergi klinik berdekatan untuk confirmation. Hehehe. Happy tu hanya Allah yang tahu.  Masa tu usia perkahwinan kami baru nak masuk 4 bulan dan usia kandungan adalah 5 minggu. Saya dibekalkan dengan Obimin & consultation worth RM 25. Malam tu tidur dengan senyuman. Yeay!

4 July 2012:
Buat buku merah di KK Salak. Menunggu dari pkul 2-5ptg. Last patient kot. Tapi rasa sekejap je sebab menunggu sambil tengok cerita TV3. Kikikih
DAY 1:
Hampir sebulan kami menyulam bahagia, saya terperasan ada tompokan darah yang keluar. Terus message lab-mate dan dia suggest terus pegi klinik. Malam tu pergi lagi ke klinik. Klinik buat lagi UPT dan resultnya positif. Buat ultrasound sebab kalau ikut tarikh last period, kandungan dah 8 minggu dan dah boleh nampak    sac (kantung). Tapi malangnya doctor tak nampak sac, melainkan cuma nampak bulky uterus which means there is something in my tummy, but we could not see. Sedeyh. Anyway, it was nice talking to that doctor. She looked really calm and knowledgeable. Dah namanya doctor kan. Hehehe.We discussed a lot that nite. Tak discuss sebenarnya, tapi saya yang banyak bertanya. Dan sebab dah study serba sedikit pasal pregnancy ni, saya dah macam boleh berdiskusi lah dengan beliau. (Sebenarnya saya dah start survey harga stroller baby dah pun. Hahaha. Advance betul!). Doc suruh tunggu 2 minggu dan kalau blood spot continues datang balik klinik untuk further check up. Doctor mengandaikan 4 kemungkinan : 1) misdated, 2) kandungan anggur, 3)kandungan luar rahim, 4) keguguran.
DAY 3:
Doctor suruh tunggu 2 minggu. Saya pun tunggu sehari. Lusa saya dah tanya labmate. She was a doctor and still a doctor. Sambil cerita from A-Z tu sambil saya kesat mata. Hehehe.Sebak sikit. Lepas saya searched the web, akhirnya dapat jumpa satu klinik dekat dengan UM. Dekat PJ SS2. Sangat dekat dengan UM. I asked her to drive me there because I was all shivering. Memang tak akan boleh drive. Sepanjang jalan tu jugak dia cerita non-stop pasal patient-patient dia sebelum ni. Yang ada signs keguguran. Tapi saya memang tak boleh fikir sangat dah masa tu. Macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 
Jumpa klinik dan masuk klinik. Tak susah sangat sebab klinik betul-betul depan jalan besar tu. PJ Women Specialist and Family Clinic. Kitorang sampai dalam pukul 3 lebih, dan Alhamdulillah hanya kami di sana. Tak de patient yang menunggu. Sampai, daftar dan terus masuk. Scan dan keluar. Menurut doc, sepatutnya dah nampak heart fetal, tapi saya punya fetus belum nampak. Disebabkan this kind of abnormal growth, doc mengandaikan percentage of survivality cuma 30%. Rasa nak luruh jantung time tu, dengan berdebar-debarnya. Terdetik jugak dalam hati 'Jahat giler doc ni'. Huhuhu. Dibekalkan dengan sekeping gambar hasil scan, Duphaston untuk menguatkan rahim dan 1 tin susu Anmum (kaunter depan cakap susu ni sampel je, which means it is FREE). Total: RM209.
Bila duduk dalam kereta on the way balik ke UM, kitorang berbincang-bincang dan saya decided tak nak makan Duphaston sebab fungsinya hanyalah sebagai hormon perangsang rahim dan saya tak nak terlalu merisikokan diri dengan kandungan pertama ni. Lagipun semua orang dah sedia maklum dengan side effects benda-benda yang berasaskan hormon ni. Sampai rumah terus masak dan ceritakan pengalaman check up kat suami. Dan tunjukkan susu tin ang baru dapat. Dia no comment je. Hehehe.Malam tu saya berlagak macam biasa. Masak untuk sahur.
DAY 4:
1 Ramadhan 1433H. Esoknya kitorang bangun sahur dengan penuh semangat. Dan berniat puasa. Suami ajak ikut dia masuk kerja sebab takut saya kebosanan di rumah. Pagi tu saya dah rasa macam pelik. Terasa macam pre-mestrual period (PMS) sedangkan saya mengandung. Terasa tak sedap hati. Darah semakin banyak keluar. Tapi still kena solat Zohor. Lepas Zohor, keluar office. Saya mintak suami bawak pegi jalan-jalan, tapi dia dah tak nak sebab time ni saya dah semakin kerap menahan sakit. Kalau dia bawak laju pun saya akan suruh perlahankan kereta. Balik rumah dan rehat.
Petang: 
Kitorang buat last minute decision. Saya nak balik Terengganu. Kalau jadi apa-apa pun, biarlah dekat dengan family. Kat Sepang ni saya tak ade siapa-siapa. Kawan-kawan semua di KL. Dengan kawan-kawan suami saya segan. Ye la, semua lelaki kot. Huhu. Saya dah sibuk packing lepas Asar. Mula-mula saya yang pilihkan baju untuk bawak balik. Tak sempat lama, saya rasa makin sakit, suami yang ambilkan baju, saya lipat masuk dalam beg sambil sengetkan badan. Separa baring, separa duduk. Tu je position yang paling selesa time tu. Saya separatekan bagasi dan beg kecil untuk kecemasan. Bagasi duduk dalam bonet. Beg kecemasan dekat seat  belakang. Siap bawak plastik sampah kaler hitam tu, just in case. 
Suami dah suruh saya berbuka puasa sebab dia takut saya sakit perut sebab angin. Saya tak nak. Saya suruh suami pergi beli makanan berbuka kat bazar je sebab dah tak boleh nak memasak. Dan makanan ringan buat bekal balik Terengganu malam nanti. 
Sepanjang suami kat bazar saya dah menangis sebab tak tahan sakit. Pergi tandas hampir setengah jam sebab sakit perut. Nasib baik rumah ni jenis tandas duduk. Lepas tu saya terus tukar tuala wanita yang overnight Libresse (bayangkan!) Saya masuk bilik dan cuba  bertahan. Tapi tak boleh tahan, terus kol suami suruh dia balik cepat. Saya time ni menangis macam ape dah. Siap tersedu-sedu lagi. Suara suami dah nebes! Hehehe. Sebenarnya start dari saat tu lah saya tahu yang suami ni cepat panik jugak. Kekekeke. Bila suami balik terus pegi klinik.
Di Klinik:
Suami tanya kaunter kot-kot ade ambulans dan boleh hantar terus ke hospital. Sebab jarak rumah-hospital dalam 25km jugak. Doc suruh pegi hospital Seremban since dia dari area sana. Jauh kot. So, kami decide untuk ke Putrajaya sahaja. Terus bukak GPS sebab tak tau jalan. Sebelum pergi, sempat plak saya bagi cadangan kat suami suruh ajak seorang kawan dia untuk take over kereta bila dah sampai wad kecemasan. Suami mesti dah sibuk nak daftarkan saya kan. 
On the way ke hospital, kitorang berbuka atas kereta. Dengar je IKIM azan, terus saya menangis. Sebaknye lah rasa. Saya suruh suami bawak cepat, bila suami dah laju, saya pulak yang rasa sakit, suruh suami bawak perlahan sikit plak. Hehehe. Patient is always right :')
Di hospital :
Sampai kecemasan, terus naik wheelchair. Daftar. Yang kelakarnya, dalam bilik kecemasan, nurse tanya berapa tahap kesakitan ari 0-10 (paling sakit). Saya jawab 7. Pastu nurse bagi tag oren. Saya tanya nurse, kalau saya cakap tahap kesakitan saya 9, mesti lagi cepat kan? Saya nak tahap sakit no 9 lah! Hehehe. Nurse pun kate: Takpe, nurse bagi awak  masuk terus tak kira sakit tahap berapa pun. Tersenyum.
Di wad kecemasan :
Seribu penghargaan untuk petugas wad kecemasan. Efficient sangat! Tangkas, Cepat, Bertenaga! Semua ada. Hehehe. Masa saya mula-mula naik katil, doc lelaki yang attended, pastu 2 orang doc perempuan. Doc lelaki tolong pasang IV drip kat tangan. Time ni saya tak sedar plak dia buat apa, tengok-tengok dah letak drip tu. Ingatkan baru nak cari salur darah. Cepat sungguh! Hehehe. Melambung gitu puji. Satu babak yang saya sangat bersyukur adalah bila time nak check apa benda yang menyebabkan saya sakit, doc lelaki disuruh keluar oleh doc perempuan. Clap! Clap! Clap! Mungkin sebab H.Putrajaya adalah first class hospital, so privasi terjamin sikit kot. Hehehe. Alhamdulillah. Doc keluarkan ketulan darah yang ada di pintu rahim. Katanya sebab ketulan darah dah terlalu hampir dengan pintu rahim yang menyebabkan rasa sakit. Macam senggugut. I have never experienced period pain (senggugut), sebab tu tak tahu.HuHuHu. . Pad yang saya pakai tu dah penuh dengan darah dalam masa 1 jam. Time doc keluarkan tu, memang mencurah-curah air mata tu keluar. Sangat sakit. Saya genggam erat-erat tangan doc tu sebab sakit. Dan sebab doc tu masih muda, sebab tu saya berani pegang tangan dia kuat-kuat. Hihihihik. So, di stage ni, kes saya di refer sebagai imcomplete miscarriage case. Saya di rujuk ke doc pakar.
Di wad bersalin :
Kes saya di take over oleh pakar. Indian doc, middle-age woman. She seemed strict. Dia bertanyakan serba sedikit tentang medical history saya. Doc keluarkan ketulann darah lagi. Kad wad  ni saya banyak kali  kena marah sebab tak dengar cakap. Hahaha. Kang dah cakap saya sakit. Time ni saya tak pegang doc, saya pegang meja ultrasound. Nasib baik meja tu kukuh, kalau tak ade jugak mesin ultrasound yang jatuh. Lepas buat ultrasound, doc cakap dah takde remainance dalam rahim, tap;i prosedur hospital mereka tetap akan melakukan D&C. Dan disebabkan saya ada Thala (minor), doc postponed saya punya schedule kepada keesokan harinya.
Sementara tunggu urusan pendaftaran di OBGYN, darah saya sekali lagi disedut. Doc yang ambilkan. Saya dah nervous sikit sebab doc ni macam rushing. Dengan tak bertudung (ok.fine!) dan dengan tak Bismillah nya. Sekali cucuk xdapat. Sakit! Dua kali cucuk xdapat! Masa cucuk kali kedua ni saya yang baca Bismillah, lepas tu baru dia ikut. Huhu. Sabar je lah. Dia main sedut-sedut je. Sangat sakit! Tiga kali cucuk pun xdapat! Akhirnya dia suruh seorang staf nurse tolong sedutkan. Sakit! Tapi dapat! Alhamdulillah. Berakhir penderitaanku. Salur darah saya kecik je. Macam tuannya. Hahaha.
Moment duduk menunggu suami atas wheelchair ni paling tak boleh lupa. Ada sorang staff nurse tanya saya. Suami umur  berapa? Saya jawab 27.. Awak umur berapa? Saya bilang 25. Oooo, suami  nampak macam budak-budak. Masa tu saya dah terkejut. Pastu spontan , Saya nampak tua eh? Nurse terus diam. Diam maknanya betul. Aduh, hancur luluh hatiku ini.Sobs.
Di wad OBGYN:
Saya diberi baju hijau (Gynae case), sedangkan ibu-ibu lain diberi baju pink (Obstetrics). Jeles! Saya minta suami tolong belikan something sebab saya dah terlalu lapar. Berbuka maghrib tadi dengan air sahaja. Pastu tenaga banyak dibazirkan dnegan menangis. Memang terasa macam starve to death.Huhuhu. Malam tu makan Nasi goreng kampung dengan Milo Panas. Tapi straw terlupa ambil, sudahnya minum air masak je.Kenyang. Pukul 12 malam start puasa untuk proses D&C keesokan paginya.
DAY 5:
Shedule D&C di tunda-tunda sebab beri laluan kepada kes-kes kecemasan. Contoh: bayi songsang, ceaser etc. Saya sampai tertidur-tidur menunggu giliran. Puasa sampai ke petang. Pukul 2 nurse dah bagi baju O.T  untuk dipakai. Terima kasih suami sebab menunggu seharian. Akhirnya pukul 5 disorong masuk ke O.T. 
O.T:
Tersangat sejuk. Menggigil-gigil masuk dalam tu. The staffs were so nice. Mula-mula anaesthesia doc attended. Brief pasal bius-membius ni. Bius separuh badan sahaja. Lepas ketua doc bius datang dan brief lagi. Tapi shorter than the earlier one. Nak remind je kot. Yang tak syok nye, masuk bilik bedah tu, derang pasang Hot. FM. Sabor je lah. Boleh dengar terngiang-ngiang suara deejay tu sorang-sorang. HuHuHu. Lepas bius, laid down. Time ni terasa macam-macam gatal. Gatal hidung, nurse tolong garukan. Terasa macam anak raja plak. Hehehe. Sekejap je proses cuci tu. 15 minit je dari start bius hingga selesai cuci. Lepas tu masuk bilik pemulihan. 
Bilik pemulihan:
Kat sini rasa selesa sebab air cond tak terlalu kuat dan berbaring bawah warmer. Selesa sangat. Tapi yang tak selesa bila gatal seluruh badan. Rupa-rupanya diriku ini allergik ubat bius. Ya Allah. Terasa macam nak upah orang tolong garukan. Nak mintak tolong nurse kat dalam tu segan. Hehehe. Akhirnya 30 minit berlalu. Terus disorong masuk wad balik. 
Wad 2A:
Nurse tolong menyediakan saya. Lumpuh separuh badan kesan ubat bius. Nurse dah bersiap-siap nak buka puasa. Suami masuk dan tolong suapkan bubur. Baru boleh makan lepas pukul 12 malam tadi. Ya Allah. Lapar sangat. Bubur nasi sangat tawar. Mintak suami tolong belikan nasi di kafe. Dengan selambanya makan sambil duduk. 
Bila doc masuk buat ward-round, saya ditegur sebab duduk. Sepatutnya 7 jam selepas bius patient kena baring tanpa bantal, untuk mengelakkan dapat neuro-pain@sakit kepala. Doc suggested suami belikan coca-cola @ nescafe untuk percepatkan proses get rid ubat bius. Saya minta suami belikan nescafe 2 tin dan saya minum dengan sedapnya. Alhamdulillah, saya tak menghadapi sakit kepala@neuro-pain. Syukur sangat sebab jiran katil sebelah sampai migrain dan termuntah-muntah kesan ubat tahan sakit.
DAY 6:
Pagi tu doc cakap dah boleh balik. Terus telefon suami. Suami datang tengahari, setelkan bil dan terus boleh balik. Alhamdulillah. Ucap terima kasih dekat semua doc dan staf nurse yang baik. Tapi ada sorang staf nurse tu yang pegi tekan jarum dekat tangan saya. Sakit! Tak suka! Huhuhu.
Dan kitorang pun balik dengan gembiranya. Alhamdulillah. Bersyukur dengan ujian Allah ini sebab saya tahu ramai lagi orang yang tak bernasib baik berbanding kami. Perancangan Allah itu Maha Hebat.

Sunday, 1 July 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah!

Alhamdulillah!

wa...

Alhamdulillah!!

Syukran Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini.

Moga Kau terus memelihara dan menaungi kami sekeluarga.

Ameen ^^


Sunday, 24 June 2012

Kemenangan besar Mesir



Tahniah untuk kemenangan besar Mesir.
TAKBIR!!!!!!!!!!!! 

Dr. Muhammad Mursi

Lautan sujud kesyukuran. Sebak tnegok gambar ni :')

Tangisan air mata kegembiraan rakyat Mesir

Siapa sangkasuatu ketika dulu, seorang budak kecil ini bisa menggemparkan dunia?

Mabrook alaika, ya Dr Muhammad Mursi. Akhirnya, Mesir di dalam genggaman seorang pemimpin Islam yang benar-benar Islam. 

Sedikit pengenalan diri beliau :


1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran


Yakinlah janji Allah pasti berlaku!


Barakallahulak..Semoga Allah terus merahmati bumi Mesir.

Doakan juga kami kaum Muslimin di Malaysia. Semoga Allah membuka pintu hati pemimpin-pemimpin kami. Ameen.


ALLAHU AKBAR!!!

Friday, 8 June 2012

Happy 3rd Monthsary, Sayang..



Dah genap 3 bulan sejak saat lafaz sakinah. Alhamdulillah! *teary eyes*
Thanks Allah for the blessings,
Thanks family (both side) for everything,
Thanks dear friends for the useful tips. Hahaha. 
And thanks to all,
I will be praying for yours too..


March, 10th 2012

Komen gambar: Ok lah. Wpun expression suami saya macam sedikit awkward. Hahaha.


About him :
A nearly perfect husband I have!
Loving, caring, dan the most important thing is dia tak ego semacam other typical men (sape makan cili dia terasa pedas k. Jahat giler statement.Hahaha)
Easy-going, dan selalu dapat pujian dari elders (sebelah saye lah tu)
Pastu hidung pun terus kembang 40,000 micrometer (maknanya 40 cm lah tu.hahaha).
All after all, terima kasih sayang sebab sentiasa menyayangi isteri yang annoying ni. 
May Allah  bless our lil family.
Love u much!! ^^





Our E-day. Sept, 2nd 2012 @ 4th Syawal of 1432H
Komen gambar : 1)Warna baju B2B N G2B tak same.Hihihik
2)Muka B2B xberapa fotogenik. Tak best nak ambek gambar. Kikikih.


Sekian, terima kasih.
p/s: Lame gile tak update belog.
p/s/s: paper in progress, thesis will be coming very soon. Please pray for me, k!~




Wednesday, 8 February 2012

t.i.g.a m.i.n.g.g.u.

Mood : Gembira dengar slot PM Dr Muhaya kat IKIM semalam dipraktikkan oleh abang2 kakak2 encik2 puan2 makcik2 pakcik2 IPS & Bursary UM. Tahniah semua. InsyaAllah rezeki yang disalurkan untuk orang2 tersayang disekeliling kita adalah sebenar2 hasil usaha kite.Ameen.

Ok.  Kita back to the origin topic. 

Mari belajar mengira ye adek2!

Tengok ticker di belog yang lagi satu. We have another three weeks and 2 days to go. Perasaan? rasa macam strawberry  <ni jwpn En Tunang bile ditanye. GRRRRrrrr!>

Perasaan saya? Semestinye NERVOUS. Yang ada dalam kepala :
1) kene belajar masak banyak2 esp fevret fud beliau
2) kene siapkan analisis result, writing paper (kene senangkan hati supervisor in case of nak balik awal. saya nak cuti 3 minggu cop!)
3) rumah sewaa ooo rumah sewaaaaaaaa (rumah dah jumpe, tuan rumah plak takde..isk3)
4) cable car...doootttttttt (non ado stock.ishk!)


Doa saya : Semoga saya berjaya menjadi yang terbaik untuknya. Ingin menjadi isteri solehah. Berjumpa kembali dengannya yang soleh di dunia abadi. Ameen~



Friday, 3 February 2012

1 month

Pertama-tamanya saya nak menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki kerana saya tak boleh nak mengupdate ceritera persiapan perkahwinan saya di blog umum ini. Kerana bagi saya ianya terlalu privasi dan saya terlalu banyak meluahkan entah ape-ape. Jadi saya telah berkeputusan untuk mengupdate semuanya dalam blog rahsia saya. Rahsia lah sangat T_T (insyaAllah akan diconsider untuk invited readers)


Ok guys! Back to the topic. Another 1 month. Yeah, i checked the ticker and its written that we have another 1 month left until our wedding day. Nothing much i can say. Everything happened so fast. We were engaged, picked one perfect date and made (doing) preparations, and our big day is just around the corner.

1 month and few weeks before our wedding, masa ni kitorang merasakan mood swing yang teramat sangat. Mungkin tekanan, debaran etc. Dan yang pasti. Lambakan kerja! 

1. Progress report untuk Sem 1 - DONE!
2. Progress report untuk grant - Arghh..Tak suke! (status:otw, i am now analyzing all the datas)
3. Paper (30%) & Thesis (45%) writing 
4. FYI, legal documents utk groom's side belum settle lagi. Ni lah yang menjadi punca perselisihan faham kadang2. Im just too worried.Sorry. I am just a typical me! :'(

Seriously time busy ni lah semua idea mencurah-curah nak datang. So i can not just let them go away. I have to grab them. Sebab itu sedikit penat, tertekan dan ditekan. Ngehngehngeh.

Owh ya. Hari ini happy sebab all the legal documents had been settled. Now waiting for his borangs  dan kepilkan sekali dan bagi kat abah untuk diurusin dong. 

3/2/12. Appointment untuk HIV test jugak. Awal-awal pagi called KK Bangsar untuk confirmation nama. Kalau takde kang saje-saje je pegi karang. Lucky me, actually KK Pantai yang dekat dengan UM. Kalau tak call untuk confirmation, rasanya ada jugak yang sesat sampai ke Bangsar.Uhuhuh. Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun telah menjadi survivor mencari KK Pantai, akhirnya ketemu juga. The staffs were nice. Macam ni lah staf kerajaan. Hihik. Result HIV adalah -ve. Dan check thala sekali. I told the nurse ' My doctor said that my right vein is the best to withdraw blood'..but she said 'Ade beza ke kiri ke kanan?'..ceh memalukan i sajok.Haha! The Hb is 10.5.Quite normal, but I feel a little bit dizzy. The doc was so surprised when I told her that I am allergic to folic acid. Hehe. She supposed to give me folic acid just to recover my RBC production.Ngehngehngeh. But because i was in hurry, i refused to do further test on what type of thala i am suffering from, either it is alpha or beta. Owh, this was my big fault today. Its okay,next time (pujuk diri sendirik) =='

Apakah persediaan less than 1 months until our big day? There's nothing much i can say. Hanya meletakkan seluruh pergantungan kepadaNYA. Dan banyak-banyakkan berdoa, bertaubat, bersihkan hati. Lagi cantik kalau munajat tiap-tiap malam. Rindunya rasa nak menangis di tengah malam (Haish, dasar tidur mati betul lah saya ni! ==')

Last but not least, sambil tersenyum saya panjatkan syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan jalan kami. Semoga jalan yang kami pilih ini diredhai olehMU dan bimbinglah hati-hati kami agar terus dalam ketaatan kepadaMU ya Robb..

p/s: Malam esok saya akan balik Terengganu. InsyaAllah akan mula distribute kad kahwin belah perempuan. Siapa yang nak kad belah Kedah, please lemme know okeh? I will ask the groom2b to post it to u. Please pray for us! Lots of love, from b2b & g2b :')






Tuesday, 27 December 2011

The saddest moment ever. It already happened!

The saddest moment ever. Saat yang saya takuti sudah berlaku. Saya hanya mampu tersenyum. Hanya dua titik air jernih yang mengalir. Sedih sangat. Apa-apa pun jua natijahnya, saya hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan hati saya, melindungi saya dan keluarga serta membimbing kami ke jalan yang Dia redhai. Dan semoga ujian ini menguatkan lagi pengabdiaan saya kepada Dia. Ameen. Manusia memang begitu. Ingat Allah di waktu susah sahaja. Tetapi doanya semoga saya bukan dalam kalangan mereka itu. InsyaAllah.

Ok lah. Saya mahu melupakan kisah sedih tadi. Tak tahu sebenarnya nak meluahkan kepada siapa. Takut diluah, disalah tafsir.Sudahnya hanya disimpan di dalam hati. Dan harapnya esok ia akan lenyap. 

Wednesday, 7 December 2011

Planner

Assalamualaikum. Gara-gara tertidur lewat malam tadi, saya akhirnya terlewat bangun! Ini semua salah korea-siapa suruh cerita tu best sangat. Hehehe. Akibat terlewat bangun, saya akhirnya decided to not going to lab today. Hari ini fokus untuk managing my references yang berlambak tu. Dah tak tersusun agaknya. Perlu simplify ke dalam Excel, instead of EndNote. Lagipun kerja lab saya untuk minggu ini dah habis. Minggu depan pula menanti. InsyaAllah. One more thing, saya nak bagitahu yang PROTEOMICS sangat-sangat best. Terasa nak pecah kepala ni berfikir-fikir, mencari solusi, sementelahan saya sangat tiada rujukan dikalangan pensyarah kerana mereka bukan dari specialization ini. Mungkin saya perlu gandakan usaha untuk mencari pensyarah yang betul-betul boleh menyelia saya. Allahumma yassir wala tu'assir. Ameen. *Thank you for always helping me- u know who you are-*

Lagi 2 bulan sebelum hari besar saya, saya dapat merasakan timbunan dan lambakan kerja yang sangat banyak. Terasa seperti diri ini perlu dikerat dua. One half mesti berada di rumah/library untuk Literature Review, dan another half must be in lab, untuk memproses semua sample saya. Masalahnya mesin pulak yang buat hal. Hurm. Menunggu jawapan dari P.I.C yang jawapannya semestinya adalah : 'Tak Tahu'. Sobrun Jameeeeeeel sahaja.

Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa dan adek-beradek yang sangat excited dengan persiapan saya. Merekalah harta saya yang paling bernilai. Tiada taranya! Mereka yang tersangat banyak membantu. Terutama ma dan abah.  Saya wakilkan ma dan abah untuk menguruskan semuanya di kampung Adek-adek yang semangat nak buat kerja sedangkan semua kerja ma dan abah dah settlekan. Kerja basuh pinggan mangkuk ye adek-adekku. Hehe.Hal yang kecil-kecil saya settlekan dari sini sahaja. Semoga Allah memberkati mereka semua. Ameen.

Ok. I have got to go. Perlu study Excel. Perlu enter data. Perlu study proteomics lagi. Tiba-tiba saya terasa macam nak sambung je cerita korea semalam. Hehehe. Ok, now FOCUS!  ^^

Monday, 5 December 2011

Pergantungan hanya padaNYA

Assalamualaikum.Sangat lama rasanya saya tak mencoret di sini. Terasa rindu, tapi tak tahu apa yang hendak dicoretkan. InsyaAllah entri kali ini akan menjadi entri terpanjang sepanjang tahun 2011 ini. 

Sepanjang peninggalan selama beberapa bulan, saya tetap menjengah blog ini. Sekadar melepaskan rindu. Tapi bila mahu mula menulis, idea mati. Kontang rasanya. Terlalu banyak yang hendak dikongsi hinggakan saya tak dapat meng'express'kannya into words.

Minggu lepas minggu paling mencabar bagi saya untuk bulan terakhir 2011 ini. Masalah penyelia sebenarnya. Penyelia yang pernah menjadi pensyarah saya dahulu. Terasa macam diri berdiri di atas pagar yang tinggi. Tersilap mengatur langkah saya akan terus jatuh. Sama ada jatuh ke kiri atau ke kanan, kedua-duanya akan menyakitkan saya. Sebolehnya saya berusaha untuk melakukan yang terbaik. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak terburai, rambut tak akan putus. Sangat susah kan? 

Sepanjang minggu saya berfikir. Bebanan fikiran,bebanan tempat kerja, bebanan majlis untuk kerja part-time. Saya terasa seperti menjadi mini-klon kepada PM. Baru saya terasa betapa susahnya tugas beliau. Nak menjaga hati semua pihak.Tanpa mencederakan mana-mana hati, kerana saya akan terasa bersalah seumur hidup. 

Saya berdoa, meminta semoga Allah mempermudahkan segalanya. Menelefon teman yang saya hormati untuk meminta nasihat dan kata semangat darinya (*u know who you are*). Dan Alhamdulillah, kepenatan berfikir sehingga sakit kepala, gugurnya airmata kerana terlalu sedih akhirnya di balas. Terima kasih, teman. Allah telah memberikan keputusan yang terbaik. Benarlah, hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati setiap makhlukNYA. Segala masalah perlu kembali kepada Allah. Tak perlu meratapi, menangisi dan mengungkit-ungkit. Ujian itu tanda Allah sayang. Semoga hidup saya tidak lekang dari ujian, kerana saya tahu Allah sayang saya. =)


Wednesday, 16 November 2011

‎~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :

•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,


•.♥• Nasihatilah dia,

... ...•.♥• Perbetulkan kesilapannya,

•.♥• Jagalah dia dgn baik,

•.♥• Kasihanilah dia,

•.♥• lindungilah dia,

•.♥• Berilah kasih syg padanya,

•.♥• Hargailah dia,

•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,

•.♥• Bersabar dengannya,

•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,

•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya.



p/s: mudah-mudahan awak adalah lelaki itu.AMEEN :)

Monday, 24 October 2011

what else to say

Okeh.Duduk rapat-rapat. Diam-diam.Senyap-senyap.












1










2



























3








































Jom jerit sama-sama! I am totally down today. Thank you. 































































p.s: kamu, sila muhasabah diri..

Saturday, 22 October 2011

dilemma

Seriously im in dilemma

Nak pegi workshop, tapi takde kawan

Nak pegi konferens, jugak takde kawan, padahal dah accepted pun

Nak pegi mana-mana pun, selalu takde kawan..

Ya Allah, permudahkanlah.. :(

Friday, 21 October 2011

Felt Fabric flowers

Felt Fabric Flowers!!!! 

aJa-aJa Fighting!! :D:D

Wednesday, 19 October 2011

Muslimah

Assalamualaikum all!

Harini saya nak berkongsi lagu : MUSLIMAH

The music, the lyrics, the scene, and all. They have been blended well. What a beautiful song and Have fun!

Monday, 17 October 2011

Syukur

Alhamdulillah. Hidup saya masih dikelilingi insan-insan yang baik. Dunia pekerjaan tidaklah tersangat kejam walaupun ada lah kekejaman nya. Well, semua orang nak cari makan kan? =)

Please do  not ever look down at others. This is what I keep reminding meself  with. Hidup ini tak selamanya indah. Kadang-kadang orang di bawah yang akan menolong kita dalam kesusahan. Dan orang di atas akan meninggalkan kita tergolek-golek. Masa tu, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. I told u oredi!

Hidup ini sangat indah. Sungguh! :)



p.s: seseorang pernah berkata kepada saya, kadang2 kita mendahulukan kawan-kawan dari Allah.Padahal Allah yang sepatutnya diletakkan di tempat pertama. Nauzubillah.