Assalamualaikum.Sangat lama rasanya saya tak mencoret di sini. Terasa rindu, tapi tak tahu apa yang hendak dicoretkan. InsyaAllah entri kali ini akan menjadi entri terpanjang sepanjang tahun 2011 ini.
Sepanjang peninggalan selama beberapa bulan, saya tetap menjengah blog ini. Sekadar melepaskan rindu. Tapi bila mahu mula menulis, idea mati. Kontang rasanya. Terlalu banyak yang hendak dikongsi hinggakan saya tak dapat meng'express'kannya into words.
Minggu lepas minggu paling mencabar bagi saya untuk bulan terakhir 2011 ini. Masalah penyelia sebenarnya. Penyelia yang pernah menjadi pensyarah saya dahulu. Terasa macam diri berdiri di atas pagar yang tinggi. Tersilap mengatur langkah saya akan terus jatuh. Sama ada jatuh ke kiri atau ke kanan, kedua-duanya akan menyakitkan saya. Sebolehnya saya berusaha untuk melakukan yang terbaik. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak terburai, rambut tak akan putus. Sangat susah kan?
Sepanjang minggu saya berfikir. Bebanan fikiran,bebanan tempat kerja, bebanan majlis untuk kerja part-time. Saya terasa seperti menjadi mini-klon kepada PM. Baru saya terasa betapa susahnya tugas beliau. Nak menjaga hati semua pihak.Tanpa mencederakan mana-mana hati, kerana saya akan terasa bersalah seumur hidup.
Saya berdoa, meminta semoga Allah mempermudahkan segalanya. Menelefon teman yang saya hormati untuk meminta nasihat dan kata semangat darinya (*u know who you are*). Dan Alhamdulillah, kepenatan berfikir sehingga sakit kepala, gugurnya airmata kerana terlalu sedih akhirnya di balas. Terima kasih, teman. Allah telah memberikan keputusan yang terbaik. Benarlah, hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati setiap makhlukNYA. Segala masalah perlu kembali kepada Allah. Tak perlu meratapi, menangisi dan mengungkit-ungkit. Ujian itu tanda Allah sayang. Semoga hidup saya tidak lekang dari ujian, kerana saya tahu Allah sayang saya. =)
0 budak comel:
Post a Comment