Selamat Tahun Baru 2014! Tahun baru semangat baru? Aha- not for me. Tahun baru sebagai pembuka tirai alahan yang agak teruk lah bagi diri ini. Demimu anak, mommy rela menanggungya. :')
Lets recap my 2013. Takdelah menda yang menarik untuk dikongsi. Tapi sebagai nota untuk dikenang kembali di waktu tua nanti. Almaklum diri dah semakin berusia, sel-sel otak dah semakin menyusut. Hehehe
PINDAH RUMAH:
Penghujung 2012 masuk rumah baru di Puchong. Agak dekat dengan UM, tapi disebabkan jammed, menjadikannya semakin lama. Minyak terbazir macam tu je. Sudahlah minyak mahal. Hehehehe. Awal-awal kitorang masuk sini lif selalu rosak sebab ada budak-budak suka main lif. Geram lah jugak, nak menapak aik ke tingkat 7. Dengan semputnya lagi. Hurm. Alkisahnya budak tu pernah tersekat dalam lift sebab dia sendal pintu lif dengan kayu. Harap lepas ni adik insaf lah ye. Tak baik menyusahkan orang. Huhu. Life kat sini tak se'best' Sepang. Sini dah masuk area bandar kan. Jiran pegi keje balik keje. Sangat bohsan! Tapi bersyukurlah, orang lain takde rumah pun nak berlindung dari hujan panas. Ye dak? Sobs :'(
DAPAT RESULT:
Lepas hampir 12 purnama berhempas pulas, akhirnya Allah bagi izin untuk mendapatkan result. Di tengahari hening, terus mesej Prof dengan sendu. Hehehe. Memang sangat bersyukur. Dan Prof pun macam touching-touching je. Ye lah, result ni affect reputation dia kot. Memang banyak adegan air mata semata-mata nk dapatkan result part ni. Hehehe. Alhamdulillah.
LIL' CALIPH IN MY WOMB :
Alhamdulillah Disember 2013 saya dan suami direzekikan dengan segumpal darah yang berusia 4w di dalam rahim ku. :') Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Syukran Allah for such blessings. Kami rindu! Rindu! Rindu!-kan little caliph ini :') EDD insyaAllah pada 13 Ogos 2014. Di waktu orang tengah galak makan ketupat lemang rendang. Harap-harap sempat merasa. Ameeeen :)
Sekarang ni dah nak masuk 3rd month. Mommy tengah gian mendengar lagu-lagu raya evergreen. Tak tahu pasal apa. Mungkinkah pembawakan budak? Semoga sayang sihat-sihat selalu ye.
0 budak comel:
Post a Comment