Entri ni bakal membuatkan saya menitiskan air mata. Entah kenapa, all of sudden, saya rindukan sayang-sayang saya semua. Tapi sekarang dah pukul 7pm, ibu dah tak berani nak pergi ke Animal House. Menyeramkan. Esok ibu datang pagi-pagi ye sayang? Ibu bawak cam, kita main-main ambik gambar lagi ye? Sayang semua!
Tadi saya tengok anak tikus tu macam dah tak larat. Kaki dan tangannya dah sejuk dan biru. Selesai sahaja memeriksa, meletaknya semula ke dalam sangkar, dia macam dah susah nak bergerak. Saya takut dia akan mati. Saya berdoa agar dia terus hidup. Sebab dia adalah harapan saya. Saya dah melafazkan syahadah untuknya tadi. Semoga sayang terus kuat! :'(
Sayang-sayang saya penghapus tekanan saya. Saya tak nafikan saya sedikit tertekan di sini. Tiada kawan. Saya berkawan dengan sayang-sayang saya yang ramai-ramai ni lah. Meriah sekejap hidup saya bila tengok derang. Gigit-gigit gloves saya... Indahnya! :')
Saya ada gambar dan video yang dirakan bersama sayang-sayang saya ni. Cuma untuk tang video tu, saya nak buat editing sedikit. Sape yang tau the very easiest free software to use? Hehehe. Maklumlah, buta IT dah sejak kebelakangan ni..
1. Alhamdulillah...at last, she admitted her mistakes. She texted one of my office-mate, telling that she wanted to see me after working hour. At her office. Without knowing what would happen, i hesitately knocked her office door. Sat down.
2. Dr. S meminta maaf dan dia mengakui kesalahannya. She admitted that was her mistake to over-expected at me. Saya bukannya siapa-siapa. Saya pun manusia biasa. Dan seperti yang saya dah agak sejak mula lagi, saya terus menundukkan muka je bila dia tengah bercakap. I am like this. Tak berani. Hidung saya merah. Bibir dan telinga saya mulai terasa hangat. Tubir mata saya digenangi air mata. Dan ia tumpah!
3. Untuk kawan-kawan tersayang. Saya bukan sesiapa. Saya cuma insan biasa. Saya memang pernah belajar di sekolah agama. Dan ayah saya seorang pegawai agama. Keluarga saya mungkin sedikit islamic, so saya simpulkan di sini bahawa saya dariIslamic background. Tapi saya cuma manusia biasa. Tolong jangan judge saya dari segi kelabuhan tudung saya, kerana ianya tidaklah selabuh mana. Saya manusia biasa. Pernah je saya mengata orang kalau tak puas hati dengan orang. Pernah je saya mengutuk-ngutuk pak najib dengan wifey dia tu. Pernah je saya copy & pastetime buat assignment back to my old days. Saya bukan perfect!
4. Saya hidup dalam dunia yang sama dengan kamu semua. Saya pun tengok berita TV3, saya pun tahu Malaysia ada program TV Maharaja Lawak walaupun saya memang takpernah membazirkan masa dengan lawak-lawak derang. Saya juga pergi I-city main salji kat Snowalk tu. Saya bukan perfect, again~
5. Ini kali ketiga saya menangis di hadapan dia, dan tak terkira dah berapa kali saya menangis sejak menempatkan diri di sini sejak hampir setahun yang lalu. Saya nak jadi kuat, tapi masalahnya saya cengeng! Tak mengapa. Saya kuat dalam hati, cengeng adalah sifat semulajadi :)
Syukur, alhamdulillah :')
Till next time,
Love & Hugs,
B.Y.E.
Nota diri : Tak tahu apa yang nak buat lepas ni. Saya susah nak lupakan apa yang kawan-kawan buat kat saya. Berdendamkah? Mungkin tidak, tapi lebih manis jika diandaikan sebagai BERHATI-HATI. :)
Hidup ini penuh berliku. Jalannya bengkak-bengkok. Itulah sebabnya hidup ini pahit, bagi mereka yang tidak memikirkan hikmah disebaliknya. Tapi hidup ini akan menjadi manis sekiranya kita sentiasa mengambil iktibar di atas sesuatu kejadian. Di situlah letaknya manis sebuah kehidupan. Dan hidup akan menjadi lebih manis jika kita meletakkan sepenuh dan segunung pengharapan pada Allah. :)
Hidup di dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia. Ragam manusia bertudung pink,biru,hijau,putih,hitam adalah berbeza. Begitu jugak dengan ragam manusia yang rambut teknik rebonding, rambut lurus, ikal mayang dan kerinting. Manusia di kampung dan di bandar lain ragamnya. Kawan di utara dan di selatan lain-lain ragamnya. Dan kita sendiri pun berbeza ragamnya pada waktu-waktu tertentu.
Macam mana agaknya jika saban hari kita terpaksa menelah hidup-hidup perangai seorang demi seorang. Hari pertama, mungkin kita masih mampu bersabar. Begitu juga hari kedua. Minggu pertama pun berlalu. Tapi bila minggu kedua dah menyusul, satu perasaan lain akan menyelinap. Bermakna si tanduk dua sedang mengumpan kita. Ada manusia yang akan senang-senang diulit dengan umpan si tanduk dua. Dan terus mempalitkan satu titik hitam di hati mereka..Adakah kita mahu turut sama menambah koleksi titik hitam di hati? Jawanpannya mestilah : TIDAK.
Resipinya sangat senang. BERLAPANG DADA. Ye, cik Ifti akui bahawa berlapang dada memanglah tersangat susah pada mulanya. Kita rasa macam : ''hak alah, pekes selalu aku je kena mengalah'' atau ''aku tensen giler dengan makhluk asing tu..eeeiiiiii'' (macam kenal je dialog-dialog tu,huk4).. Tapi bila dah selalu kita ingatkan pada hati dan minda untuk terus berlapang dada dan senyum, lama-kelamaan ia akan menjadi habit dan kita akan terasa sangat tenang.
Seorang teman memberikan satu analogi mudah. 'Kita ada hati. Bahagikan kepada dua dalam situasi yang sama. Bayangkan hati anda adalah segelas air dan sebuah kolam yang dipenuhi air. Pertama, cuba sempitkan hati seperti segelas air dan masukkan satu sudu garam kedalamnya. Kita akan tetap merasa kemasinan garam tersebut, bukan? Ok.Kedua, cuba masukkan pula garam ke dalam kolam yang penuh berisi air. Kali ini bukannya sesudu garam, bahkan seplastik garam. Adakah kita akan merasai kemasinan garam tu?Jawapannya sudah tentu tidak''. Cuba fikirkan dan bayangkan.