Dalam hujan ribut & kilat sesekali sabung-menyabung, CS menggagahkan diri jugak tulis entry ni.Ahahahaha. Sebenarnya sekarang tengah pening, tidur tengahari tadi, macam bing-gong mama je kepala ni.
The objective of writing this entry is to thank people whom is always with me, especially during my hard times.. Rasa-rasanya minggu lepas adalah detik-detik yang paling sukar dalam masa 5 bulan selepas konvo aritu. Hari-hari bertemankan air mata, sakit kepala, sesak nafas. Semuanya rasa tersekat. Sangat tak best perasaan tu!
1) Kak CT ! : Labmate yang sangat understanding. Thanks for always being so helpful and friendly. Secara random, boleh dikatakan yang k.ct adalah satu-satunya orang yang mengetahui masalah CS di lab dari A to Z. Terima kasih akak sebab selalu pinjamkan telinga. Lain kali nak pinjam lagi k! :D K.ct jugak adalah insan yang selalu mengajar CS agar terus menjadi positif. YES! Bukan senang nak menjadi positif, tapi i did it!...try untuk menjadi sangat-sangat positif dalam waktu-waktu yang genting macam tu. Semoga Allah sentiasa memberkati akak. Ameeeen
2)K-own! : Tiada kata mampu diungkap. Terima kasih banyak-banyak sangat!! :'( <terharu sangat>
3)K.emi!: Kakak yang sangat-sangat best. Ada apa-apa, k.emi orang pertama saya akan cari untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku. Thanks darling one and only sister whom is always there through thick or thin, high or low. Thank you for being the shoulder to cry on, the pillar to cling on and sharing all the joy and happiness.
4) Kakak-kakak osmet! : Terima kasih kakak-kakak. Terima kasih sudi mendengar dan tak jemu-jemu bagi nasihat. Sayang kamu semua!
Bestnye....Sekarang baru pukol 5.30 pm, tapi hari semakin gelap. Mendung kat luar. Saye suke! Titisan air hujan bagaikan air-air yang membasuh cuci segala masalah saye! Terima kasih Allah kerana menurunkan hujan di saat kemendungan hati ini.
Manusia hanyalah insan kerdil yang diciptakan untuk mewarnai dunia. Manusia dicipta untuk membajak amalan di sawah dunia lantas dituai di gudang akhirat. Justeru, kita diuji dengan pelbagai masalah dan ranjau. Dia memberikan kita peluang untuk terus membajai kesabaran dalam diri. Dia memberikan kita peluang untuk terus kuat. Dia memberikan kita peluang untuk terus menuai pahala, semestinya!
Tapi kita selalu lupa tentang itu. Saya selalu lupa bahawa Dia sebenarnya sedang melatih sabar saya disamping terus membantu saya mengutip mutiara-mutiara pahala. Tapi adakah mutiara-mutiara itu akan terus bertambah andai saya asyik mengeluh? Rasanya tidak. Keluhan saya semakin merapuhkan ikatan tali mutiara-mutiara itu. Mereka akan terputus sekejap lagi. Alangkah pelupanya diri!
Saya bukanlah seorang yang kuat. Walaupun paling kakak dalam keluarga (anak sulung), tapi saya adalah paling cengeng di antara yang lainnya. Hati saya sangat rapuh. Air mata sangat murah! Keluhan sangat biasa! Bermasam muka jugak adalah kebiasaan! Saya memang sangat pelupa!
Saya bercerita dengan seorang teman. Saya menangisi kepayahan diri dalam melayari hidup. Saya menyesali kelemahan diri. Dia tidak akan menimpakan sesuatu kepada saya jika saya tidak mampu. Dia tidak sekejam itu. Dia sedang menguji saya. Dia jugak sedang menguji orang lain. Mungkin orang lain tidak sedar sebenarnya dia diuji dengan kesenangan. Saya pula terasa perit kerana ujian saya jelas berupa kepayahan. Tapi sekali lagi, Dia tidak akan membebankan saya dengan sesuatu yang saya tak terdaya. Dia sayangkan saya! Saya terlupa tentang itu!
Saya mesti sentiasa positif started from now on!Carrot susu mesti selalu positif! Carrot susu rindukan hari-hari yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan. Disamping kawan-kawan yang sangat baik. Carrot susu rindukan kamuu! Jom jumpe! ^^
Our last day of internship :'(
Unforgettable memories :'(
Ponteng keje untuk posing =D
Hari Jumaat selalu balik lab lambat sebab shopen2..gegegege~ :)
Assalamualaikum...Salam Jumaat!!!! Heee...lame giler kot CS bermuram DURJANA. 3 hari bertungkus-lumus menghasilkan sesuatu. Dan sekarang dah tiba masanya CS keluar dari segala masalah yang membelenggu. Saya mesti berobjektif! Kih-kih-kih
Rasanya macam dah terlalu lama tak cuti panjang. CS mahu berhibernasi+berlemak-lemakkan di suatu tempat yang boleh melepaskan segala penat lelah,segala masalah, segala debu-debu kota lumpur. Lari seketika dari segala hal masalah lintang pukang yang berlaku di lab. Lari dari bertembung ngan abang-abang bangla tiap kali pergi and balik kerja. Saya mahu bernafas! Oksigen-oksigen-Uh-uh-uh!
Rasa rindu pada pantai semakin memuncak-muncak. Kuala Lumpur tiada pantai ye tuan-puan sekalian. Walaupun saya duduk di 'pantai', tapi ianya bukanlah berpantai..Hehehehe..
CS ingin bercuti. Mungkin sehari, mungkin 2 hari, mungkin seminggu, dan tidak mungkinlah CS nak bercuti sebulan. Mau mati kerinduan anak-anak tikus ai..Sob-sob-sob.I pun leh demam kerinduan tak tengok diorang. Kakaka~
Jadi, blogger-blogger yang budiman, lokasi di manakah yang paling sesuai untuk bercuti dalam tempoh yang singkat macam ni? Dekat-dekat ngan KL dah la.Chalet ke, homestay ke. Bajet belakang kire kot. Mintak abah sayang sponsorkan...kui4~
Nak tidor kat katil tu 3 hari 3 malam..Bestnyeeeeeeee...... =D
p/s: CS memang terlalu sangat penat. berkerja di lab memang tade life.Seriously!