Sudah agak lama saya tak menjengah ke sini. Biasanya saya hanya akan membuka laptop di UM sahaja kerana setelah pulang dari uni, saya akan sibuk dengan urusan menguruskan hal ehwal rumah pula. Jadi sangat jarang saya membuka laptop/mengulangkaji di rumah, kecuali pada waktu hujung minggu ataupun di waktu-waktu lain yang terdesak. Tetapi, malangnya di UM, saya tak akan dapat log in akaun blogger kerana di block dengan akaun Siswamail. Jadi, saya terpaksa melupakan hasrat untuk menulis entri di sana, dan hasrat itu terus berkubur begitu sahaja. Ok , masalah log in berakhir di sini :)
Salam sayyidul ayyam buat semua. Jumaat barakah kunjung lagi. Dah mandi sunat pagi Jumaat? Dan mandi sunat sebelum solat Jumaat bagi kaum Adam? Dah potong kuku? Hehehe. InsyaAllah, jika kita berniat untuk mengikut sunnah Rasulullah, insyaAllah diganjarkan kita dengan yang pahala yang setimpalnya. Ameen.
Pejam celik pejam celik. Dah hampir setahun masa berlalu. Kami disatukan pada 9 Mac 2012. Dan sepanjang hampir setahun usia perkahwinan, macam-macam ujian dan ranjau kami tempuhi. Di sebalik khabar gembira, pasti terselit khabar duka. Suami, keluarga dan rakan-rakan sebagai penggalak. Terima kasih.
RUMAH:
Kami berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Lagaknya macam orang nomad. Haha. Seminggu selepas majlis resepsi di rumah pihak lelaki, kami kembali ke KL. Malangnya, tuan rumah yang dijanjikan menghilang. Alhamdulillah deposit belum dibayar, tu pun request owner sendiri sebab katanya based on trust. Akhirnya kami yang frust. Malam pertama di KL akhirnya di hotel. Terima kasih abah sebab sudi nego sampai jadi dengan kawannya di hotel tu. Dapatlah discount sikit. Heeee.
Keesokannya, misi mencari rumah baru bermula lagi. Tapi, mungkinkah perempuan sedikit cerewet? Kebanyakan rumah saya reject. Dengan alasan kurang selesa. Selesa di sini bukan bermaksud fully-furnished, tapi sooo many factors need to be considerated. Suami mengikut sahaja kehendak isterinya. Hehehe. Terima kasih suami! Mission failed. Malam kedua menumpang di rumah makcik sahaja. Hampir seminggu kami berulang-alik dari Shah alam. Terima kasih Cikna dan AyohLil :) Di sini saya menumpang kasih dengan kakak dan Umar. Haha
Akhirnya, selepas seminggu rumah pertama kami bertempat di Sepang. Alhamdulillah, dekat dengan tempat kerja suami. 5 minit sahaja. Dan perjalanan saya ke UM mengambil masa hampir sejam dan biasanya akan berganda ke dua jam. Biasalah. KL kan jammed. Dan setelah 6 bulan di Sepang, Disember 2012, suami ditukarkan ke Bukit Jalil. Mencari rumah di area sana memang mencabar kesabaran. Hot selling sungguh. Macam pisang goreng panas. Kadang-kadang boleh sakit jantung bila berebut-rebut call owner rumah. Itu pun tak termasuk lagi dengan beberapa buah rumah/apartment yang saya reject sebab tak berkenan. Saya akui agak cerewet memilih sebab kita kaum perempuan yang akan menguruskan rumah tu kan. Kuasa di tangan kita. Hahaha. Akhirnya, kami pilih rumah yang agak jauh dengan tempat kerja masing-masing, affordable with our current status. Lagipun saya belum berkerja tetap, jadi agak risky untuk mendahulukan keselesaan buat masa sekarang. Takpelah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kan? :)
MENGANDUNG & KEGUGURAN:
Sepanjang hampir setahun perkahwinan, saya pernah dibahagiakan dengan kandungan pertama yang keguguran tatkala usia kandungannya menjengah usia 2 bulan. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya masih di beri peluang untuk merasai betapa gembiranya sampai terlompat-lompat tatkala ujian UPT adalah positif selepas Isyak pada hari itu. Masa tu dah sebulan usia kandungan. Diberi peluang untuk sujud syukur buat pertama kalinya selepas berkahwin. Dan saat yang paling best adalah apabila suami membacakan ayat-ayat Al-Quran sambil menggosok-gosok perut setiap malam. Indah! Tapi, semuanya kuasa Allah. Allah meminjamkan kegembiraan hanya sebulan, sebelum kembali mengambilnya kembali tanggal 1 Ramadhan tahun lepas. Seluruh keluarga menangis. Iyalah, janin saya bakal cucu dan cicit pertama dalam keluarga saya. Sahabat tak pernah lekang memberi nasihat. Keluarga tak akan dapat di cari ganti, sahabat selamanya hingga ke syurga. Ujian bertimpa, lantaran ketidakfahaman dan ketidakhadiransifatkeibuan seseorang yang mengaku saya adalah orangyang terdekat dengannya.
Hari kedua selepas keguguran saya gigih menaip thesis yang sehingga ke hari ini belum bertanda, saya pasti. Saya mengadu kepada ibu di kampung. Luruh lagi air mata si ibu. Berkongsi dengan kedua adik di FB, air mata mereka gugur bersama kesedihan si kakak. Berkongsi bersama pensyarah dan senior di mesej telefon, membuak-buak keluarnya si air mata. Tipu lah kalau ada yang tidak sedih, ditambah dengan sikap sesetengah orang yang dulunya mengaku rapat. Silap saya sewaktu keguguran, saya tidak berpantang sebetulnya. Minggu kedua saya sudah berlari ke sana ke sini, membuat kerja makmal dan sebagainya. Sebenarnya tanda protes saya. Dan sesudahnya, saya emelkan semua result experiment kepada yang menginginkannya. Titik. Natijahnya, saya masih belum sepenuhnya sembuh dari keguguran 7 bulan yang lepas. Allah Maha Agung. Saya redha dengan takdirNYA. Nasihat saya kepada adik-adik yang baru keguguran atau bersalin, berpantanglah betul-betul. Rahim kita cuma satu, tiada gantinya. Kerja, pelajaran dan hal-hal lain insyaAllah akan berganti :')
I'M SO JELLY:
Owh, I am so jelly. Ya, saya cemburukan kawan-kawan yang berkahwin sesudah saya yang kebanyakannya sudah memasuki semester ketiga kehamilan tatkala entri ini ditulis. Semuanya sudah semakin sarat. Alhamdulillah. Rezeki mereka mudah memperoleh anak di usia muda. Kadang-kadang apabila fikiran sebegini datang menyinggah, saya akan terus beristighfar. Allah tidak akan menguji hambaNYA melangkaui had kemampuannya. UZAR juga pernah berkata, jangan bandingkan milik kita dengan milik orang lain. Yakinlah bahawa kepunyaannya terbaik untuknya dan kepunyaanmu terbaik untukmu. Saya wajib kembali pada Rukun Iman yang ke-6 itu.
Dua hari lepas saya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas dikonsultasi, saya dibekalkan dengan dua jenis ubat. Tetapi, setelah proses timbang tara bersama suami, internet, keluarga dan rakan, akhirnya saya decided untuk tidak mengikut saranan doktor buat masa terdekat. Saya ingin konsisten dengan makanan sunnah/tradisional yang saya amalkan sejak berbulan lepas. Semoga usaha saya diberkati dan dirahmati. Demi Allah, saya tidak akan putus berdoa :')