It has been such a long time since my last entry. Wah, life was too hectic, sangat-sangat! We are currently moving to our new house. In Puchong. Tadaa! Our second-rented apartment. Still havent enuf money to buy the real one *palm face*
Sekarang hubs balik ke Kedah kejap sebab he has to report himself there before moving to the new office somewhere in KL. I (We, actually) am/are hoping that we can cope with our new life here. Puchong is well-known for its heavy traffic jam kan? Esp during pick hour. So, azam bulan Disember adalah, getting up as early as possible so that I can go out early and really do no wish to face and stuck in traffic jam. Rugi petrol!
So sekarang, otak tengah ligat fikir macam mana nak deco rumah baru kitorang tu. Sebenarnya dah request dekat tuan rumah untuk tampal lubang-lubang dan touch up sikit-sikit. So far, hubs still bagi nice comments about him(the owner). He is an easy-going person. Tak de lah berkira sangat. Alhamdulillah. Semoga that was the real him. InsyaAllah.
Nothing much to say. Knowing the fact that this blog has no follower (hehe), so saya akan terus menulis dengan senang hatinya sebagai memori di usia emas. InsyaAllah kalau panjang umur.
This time, saya nak 'file' kan pengalaman 'bersalin kecil' sebulan yang lepas.
Alkisahnya, pada 29 June 2012, saya tergerak untuk membuat ujian rapid test UPT (Urinary Test Pregnancy) since saya dah terlewat datang bulan. Padahal baru seminggu dua terlewat. Saya dah agak sth. Hehehe. Excited punya pasal. Sebelum ni, menstrual cycle saya sangat baik, teratur je. Ketidakhadirannya menambahkan lagi instinct yang saya pregnant. Saya desak jugak lah sang suami belikan UPT sebab memang dah terlalu tak sabar. Akhirnya petang Jumaat tu, habis je waktu kerja, lepas suami pick up saya dari KTM station, kitorang berhenti klinik panel. I got free UPT worths RM12. Hehehe. Alhamdulillah dapat.
Trough readings, the best time untuk buat this test adalah waktu pagi masa bangun tidur waktu nak semayang Subuh tu, sebab time tu urine pekat & pure dan tak akan dicampuri dengan segala macam makanan yang boleh meragukan hasil ujian. Tapi disebabkan sikap ketaksabaran (as I mentioned in the first para), lepas Isyak lepas setelkan semua house chores, saya buat test tu. Satu line (control) naik. Berdebar-debar. Dan dengan cepatnya lain kedua naik. Alhamdulillah, positive! Terus panggil suami dan terus sujud syukur. Malam tu jugak kitorang pergi klinik berdekatan untuk confirmation. Hehehe. Happy tu hanya Allah yang tahu. Masa tu usia perkahwinan kami baru nak masuk 4 bulan dan usia kandungan adalah 5 minggu. Saya dibekalkan dengan Obimin & consultation worth RM 25. Malam tu tidur dengan senyuman. Yeay!
4 July 2012:
Buat buku merah di KK Salak. Menunggu dari pkul 2-5ptg. Last patient kot. Tapi rasa sekejap je sebab menunggu sambil tengok cerita TV3. Kikikih
DAY 1:
Hampir sebulan kami menyulam bahagia, saya terperasan ada tompokan darah yang keluar. Terus message lab-mate dan dia suggest terus pegi klinik. Malam tu pergi lagi ke klinik. Klinik buat lagi UPT dan resultnya positif. Buat ultrasound sebab kalau ikut tarikh last period, kandungan dah 8 minggu dan dah boleh nampak sac (kantung). Tapi malangnya doctor tak nampak sac, melainkan cuma nampak bulky uterus which means there is something in my tummy, but we could not see. Sedeyh. Anyway, it was nice talking to that doctor. She looked really calm and knowledgeable. Dah namanya doctor kan. Hehehe.We discussed a lot that nite. Tak discuss sebenarnya, tapi saya yang banyak bertanya. Dan sebab dah study serba sedikit pasal pregnancy ni, saya dah macam boleh berdiskusi lah dengan beliau. (Sebenarnya saya dah start survey harga stroller baby dah pun. Hahaha. Advance betul!). Doc suruh tunggu 2 minggu dan kalau blood spot continues datang balik klinik untuk further check up. Doctor mengandaikan 4 kemungkinan : 1) misdated, 2) kandungan anggur, 3)kandungan luar rahim, 4) keguguran.
DAY 3:
Doctor suruh tunggu 2 minggu. Saya pun tunggu sehari. Lusa saya dah tanya labmate. She was a doctor and still a doctor. Sambil cerita from A-Z tu sambil saya kesat mata. Hehehe.Sebak sikit. Lepas saya searched the web, akhirnya dapat jumpa satu klinik dekat dengan UM. Dekat PJ SS2. Sangat dekat dengan UM. I asked her to drive me there because I was all shivering. Memang tak akan boleh drive. Sepanjang jalan tu jugak dia cerita non-stop pasal patient-patient dia sebelum ni. Yang ada signs keguguran. Tapi saya memang tak boleh fikir sangat dah masa tu. Macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Jumpa klinik dan masuk klinik. Tak susah sangat sebab klinik betul-betul depan jalan besar tu. PJ Women Specialist and Family Clinic. Kitorang sampai dalam pukul 3 lebih, dan Alhamdulillah hanya kami di sana. Tak de patient yang menunggu. Sampai, daftar dan terus masuk. Scan dan keluar. Menurut doc, sepatutnya dah nampak heart fetal, tapi saya punya fetus belum nampak. Disebabkan this kind of abnormal growth, doc mengandaikan percentage of survivality cuma 30%. Rasa nak luruh jantung time tu, dengan berdebar-debarnya. Terdetik jugak dalam hati 'Jahat giler doc ni'. Huhuhu. Dibekalkan dengan sekeping gambar hasil scan, Duphaston untuk menguatkan rahim dan 1 tin susu Anmum (kaunter depan cakap susu ni sampel je, which means it is FREE). Total: RM209.
Bila duduk dalam kereta on the way balik ke UM, kitorang berbincang-bincang dan saya decided tak nak makan Duphaston sebab fungsinya hanyalah sebagai hormon perangsang rahim dan saya tak nak terlalu merisikokan diri dengan kandungan pertama ni. Lagipun semua orang dah sedia maklum dengan side effects benda-benda yang berasaskan hormon ni. Sampai rumah terus masak dan ceritakan pengalaman check up kat suami. Dan tunjukkan susu tin ang baru dapat. Dia no comment je. Hehehe.Malam tu saya berlagak macam biasa. Masak untuk sahur.
DAY 4:
1 Ramadhan 1433H. Esoknya kitorang bangun sahur dengan penuh semangat. Dan berniat puasa. Suami ajak ikut dia masuk kerja sebab takut saya kebosanan di rumah. Pagi tu saya dah rasa macam pelik. Terasa macam pre-mestrual period (PMS) sedangkan saya mengandung. Terasa tak sedap hati. Darah semakin banyak keluar. Tapi still kena solat Zohor. Lepas Zohor, keluar office. Saya mintak suami bawak pegi jalan-jalan, tapi dia dah tak nak sebab time ni saya dah semakin kerap menahan sakit. Kalau dia bawak laju pun saya akan suruh perlahankan kereta. Balik rumah dan rehat.
Petang:
Kitorang buat last minute decision. Saya nak balik Terengganu. Kalau jadi apa-apa pun, biarlah dekat dengan family. Kat Sepang ni saya tak ade siapa-siapa. Kawan-kawan semua di KL. Dengan kawan-kawan suami saya segan. Ye la, semua lelaki kot. Huhu. Saya dah sibuk packing lepas Asar. Mula-mula saya yang pilihkan baju untuk bawak balik. Tak sempat lama, saya rasa makin sakit, suami yang ambilkan baju, saya lipat masuk dalam beg sambil sengetkan badan. Separa baring, separa duduk. Tu je position yang paling selesa time tu. Saya separatekan bagasi dan beg kecil untuk kecemasan. Bagasi duduk dalam bonet. Beg kecemasan dekat seat belakang. Siap bawak plastik sampah kaler hitam tu, just in case.
Suami dah suruh saya berbuka puasa sebab dia takut saya sakit perut sebab angin. Saya tak nak. Saya suruh suami pergi beli makanan berbuka kat bazar je sebab dah tak boleh nak memasak. Dan makanan ringan buat bekal balik Terengganu malam nanti.
Sepanjang suami kat bazar saya dah menangis sebab tak tahan sakit. Pergi tandas hampir setengah jam sebab sakit perut. Nasib baik rumah ni jenis tandas duduk. Lepas tu saya terus tukar tuala wanita yang overnight Libresse (bayangkan!) Saya masuk bilik dan cuba bertahan. Tapi tak boleh tahan, terus kol suami suruh dia balik cepat. Saya time ni menangis macam ape dah. Siap tersedu-sedu lagi. Suara suami dah nebes! Hehehe. Sebenarnya start dari saat tu lah saya tahu yang suami ni cepat panik jugak. Kekekeke. Bila suami balik terus pegi klinik.
Di Klinik:
Suami tanya kaunter kot-kot ade ambulans dan boleh hantar terus ke hospital. Sebab jarak rumah-hospital dalam 25km jugak. Doc suruh pegi hospital Seremban since dia dari area sana. Jauh kot. So, kami decide untuk ke Putrajaya sahaja. Terus bukak GPS sebab tak tau jalan. Sebelum pergi, sempat plak saya bagi cadangan kat suami suruh ajak seorang kawan dia untuk take over kereta bila dah sampai wad kecemasan. Suami mesti dah sibuk nak daftarkan saya kan.
On the way ke hospital, kitorang berbuka atas kereta. Dengar je IKIM azan, terus saya menangis. Sebaknye lah rasa. Saya suruh suami bawak cepat, bila suami dah laju, saya pulak yang rasa sakit, suruh suami bawak perlahan sikit plak. Hehehe. Patient is always right :')
Di hospital :
Sampai kecemasan, terus naik wheelchair. Daftar. Yang kelakarnya, dalam bilik kecemasan, nurse tanya berapa tahap kesakitan ari 0-10 (paling sakit). Saya jawab 7. Pastu nurse bagi tag oren. Saya tanya nurse, kalau saya cakap tahap kesakitan saya 9, mesti lagi cepat kan? Saya nak tahap sakit no 9 lah! Hehehe. Nurse pun kate: Takpe, nurse bagi awak masuk terus tak kira sakit tahap berapa pun. Tersenyum.
Di wad kecemasan :
Seribu penghargaan untuk petugas wad kecemasan. Efficient sangat! Tangkas, Cepat, Bertenaga! Semua ada. Hehehe. Masa saya mula-mula naik katil, doc lelaki yang attended, pastu 2 orang doc perempuan. Doc lelaki tolong pasang IV drip kat tangan. Time ni saya tak sedar plak dia buat apa, tengok-tengok dah letak drip tu. Ingatkan baru nak cari salur darah. Cepat sungguh! Hehehe. Melambung gitu puji. Satu babak yang saya sangat bersyukur adalah bila time nak check apa benda yang menyebabkan saya sakit, doc lelaki disuruh keluar oleh doc perempuan. Clap! Clap! Clap! Mungkin sebab H.Putrajaya adalah first class hospital, so privasi terjamin sikit kot. Hehehe. Alhamdulillah. Doc keluarkan ketulan darah yang ada di pintu rahim. Katanya sebab ketulan darah dah terlalu hampir dengan pintu rahim yang menyebabkan rasa sakit. Macam senggugut. I have never experienced period pain (senggugut), sebab tu tak tahu.HuHuHu. . Pad yang saya pakai tu dah penuh dengan darah dalam masa 1 jam. Time doc keluarkan tu, memang mencurah-curah air mata tu keluar. Sangat sakit. Saya genggam erat-erat tangan doc tu sebab sakit. Dan sebab doc tu masih muda, sebab tu saya berani pegang tangan dia kuat-kuat. Hihihihik. So, di stage ni, kes saya di refer sebagai imcomplete miscarriage case. Saya di rujuk ke doc pakar.
Di wad bersalin :
Kes saya di take over oleh pakar. Indian doc, middle-age woman. She seemed strict. Dia bertanyakan serba sedikit tentang medical history saya. Doc keluarkan ketulann darah lagi. Kad wad ni saya banyak kali kena marah sebab tak dengar cakap. Hahaha. Kang dah cakap saya sakit. Time ni saya tak pegang doc, saya pegang meja ultrasound. Nasib baik meja tu kukuh, kalau tak ade jugak mesin ultrasound yang jatuh. Lepas buat ultrasound, doc cakap dah takde remainance dalam rahim, tap;i prosedur hospital mereka tetap akan melakukan D&C. Dan disebabkan saya ada Thala (minor), doc postponed saya punya schedule kepada keesokan harinya.
Sementara tunggu urusan pendaftaran di OBGYN, darah saya sekali lagi disedut. Doc yang ambilkan. Saya dah nervous sikit sebab doc ni macam rushing. Dengan tak bertudung (ok.fine!) dan dengan tak Bismillah nya. Sekali cucuk xdapat. Sakit! Dua kali cucuk xdapat! Masa cucuk kali kedua ni saya yang baca Bismillah, lepas tu baru dia ikut. Huhu. Sabar je lah. Dia main sedut-sedut je. Sangat sakit! Tiga kali cucuk pun xdapat! Akhirnya dia suruh seorang staf nurse tolong sedutkan. Sakit! Tapi dapat! Alhamdulillah. Berakhir penderitaanku. Salur darah saya kecik je. Macam tuannya. Hahaha.
Moment duduk menunggu suami atas wheelchair ni paling tak boleh lupa. Ada sorang staff nurse tanya saya. Suami umur berapa? Saya jawab 27.. Awak umur berapa? Saya bilang 25. Oooo, suami nampak macam budak-budak. Masa tu saya dah terkejut. Pastu spontan , Saya nampak tua eh? Nurse terus diam. Diam maknanya betul. Aduh, hancur luluh hatiku ini.Sobs.
Di wad OBGYN:
Saya diberi baju hijau (Gynae case), sedangkan ibu-ibu lain diberi baju pink (Obstetrics). Jeles! Saya minta suami tolong belikan something sebab saya dah terlalu lapar. Berbuka maghrib tadi dengan air sahaja. Pastu tenaga banyak dibazirkan dnegan menangis. Memang terasa macam starve to death.Huhuhu. Malam tu makan Nasi goreng kampung dengan Milo Panas. Tapi straw terlupa ambil, sudahnya minum air masak je.Kenyang. Pukul 12 malam start puasa untuk proses D&C keesokan paginya.
DAY 5:
Shedule D&C di tunda-tunda sebab beri laluan kepada kes-kes kecemasan. Contoh: bayi songsang, ceaser etc. Saya sampai tertidur-tidur menunggu giliran. Puasa sampai ke petang. Pukul 2 nurse dah bagi baju O.T untuk dipakai. Terima kasih suami sebab menunggu seharian. Akhirnya pukul 5 disorong masuk ke O.T.
O.T:
Tersangat sejuk. Menggigil-gigil masuk dalam tu. The staffs were so nice. Mula-mula anaesthesia doc attended. Brief pasal bius-membius ni. Bius separuh badan sahaja. Lepas ketua doc bius datang dan brief lagi. Tapi shorter than the earlier one. Nak remind je kot. Yang tak syok nye, masuk bilik bedah tu, derang pasang Hot. FM. Sabor je lah. Boleh dengar terngiang-ngiang suara deejay tu sorang-sorang. HuHuHu. Lepas bius, laid down. Time ni terasa macam-macam gatal. Gatal hidung, nurse tolong garukan. Terasa macam anak raja plak. Hehehe. Sekejap je proses cuci tu. 15 minit je dari start bius hingga selesai cuci. Lepas tu masuk bilik pemulihan.
Bilik pemulihan:
Kat sini rasa selesa sebab air cond tak terlalu kuat dan berbaring bawah warmer. Selesa sangat. Tapi yang tak selesa bila gatal seluruh badan. Rupa-rupanya diriku ini allergik ubat bius. Ya Allah. Terasa macam nak upah orang tolong garukan. Nak mintak tolong nurse kat dalam tu segan. Hehehe. Akhirnya 30 minit berlalu. Terus disorong masuk wad balik.
Wad 2A:
Nurse tolong menyediakan saya. Lumpuh separuh badan kesan ubat bius. Nurse dah bersiap-siap nak buka puasa. Suami masuk dan tolong suapkan bubur. Baru boleh makan lepas pukul 12 malam tadi. Ya Allah. Lapar sangat. Bubur nasi sangat tawar. Mintak suami tolong belikan nasi di kafe. Dengan selambanya makan sambil duduk.
Bila doc masuk buat ward-round, saya ditegur sebab duduk. Sepatutnya 7 jam selepas bius patient kena baring tanpa bantal, untuk mengelakkan dapat neuro-pain@sakit kepala. Doc suggested suami belikan coca-cola @ nescafe untuk percepatkan proses get rid ubat bius. Saya minta suami belikan nescafe 2 tin dan saya minum dengan sedapnya. Alhamdulillah, saya tak menghadapi sakit kepala@neuro-pain. Syukur sangat sebab jiran katil sebelah sampai migrain dan termuntah-muntah kesan ubat tahan sakit.
DAY 6:
Pagi tu doc cakap dah boleh balik. Terus telefon suami. Suami datang tengahari, setelkan bil dan terus boleh balik. Alhamdulillah. Ucap terima kasih dekat semua doc dan staf nurse yang baik. Tapi ada sorang staf nurse tu yang pegi tekan jarum dekat tangan saya. Sakit! Tak suka! Huhuhu.
Dan kitorang pun balik dengan gembiranya. Alhamdulillah. Bersyukur dengan ujian Allah ini sebab saya tahu ramai lagi orang yang tak bernasib baik berbanding kami. Perancangan Allah itu Maha Hebat.
Dah genap 3 bulan sejak saat lafaz sakinah. Alhamdulillah! *teary eyes*
Thanks Allah for the blessings,
Thanks family (both side) for everything,
Thanks dear friends for the useful tips. Hahaha.
And thanks to all,
I will be praying for yours too..
March, 10th 2012
Komen gambar: Ok lah. Wpun expression suami saya macam sedikit awkward. Hahaha.
About him :
A nearly perfect husband I have!
Loving, caring, dan the most important thing is dia tak ego semacam other typical men (sape makan cili dia terasa pedas k. Jahat giler statement.Hahaha)
Easy-going, dan selalu dapat pujian dari elders (sebelah saye lah tu)
Pastu hidung pun terus kembang 40,000 micrometer (maknanya 40 cm lah tu.hahaha).
All after all, terima kasih sayang sebab sentiasa menyayangi isteri yang annoying ni.
May Allah bless our lil family.
Love u much!! ^^
Our E-day. Sept, 2nd 2012 @ 4th Syawal of 1432H
Komen gambar : 1)Warna baju B2B N G2B tak same.Hihihik
2)Muka B2B xberapa fotogenik. Tak best nak ambek gambar. Kikikih.
Sekian, terima kasih.
p/s: Lame gile tak update belog.
p/s/s: paper in progress, thesis will be coming very soon. Please pray for me, k!~
Mood : Gembira dengar slot PM Dr Muhaya kat IKIM semalam dipraktikkan oleh abang2 kakak2 encik2 puan2 makcik2 pakcik2 IPS & Bursary UM. Tahniah semua. InsyaAllah rezeki yang disalurkan untuk orang2 tersayang disekeliling kita adalah sebenar2 hasil usaha kite.Ameen.
Ok. Kita back to the origin topic.
Mari belajar mengira ye adek2!
Tengok ticker di belog yang lagi satu. We have another three weeks and 2 days to go. Perasaan? rasa macam strawberry <ni jwpn En Tunang bile ditanye. GRRRRrrrr!>
Perasaan saya? Semestinye NERVOUS. Yang ada dalam kepala :
1) kene belajar masak banyak2 esp fevret fud beliau
2) kene siapkan analisis result, writing paper (kene senangkan hati supervisor in case of nak balik awal. saya nak cuti 3 minggu cop!)
3) rumah sewaa ooo rumah sewaaaaaaaa (rumah dah jumpe, tuan rumah plak takde..isk3)
4) cable car...doootttttttt (non ado stock.ishk!)
Doa saya : Semoga saya berjaya menjadi yang terbaik untuknya. Ingin menjadi isteri solehah. Berjumpa kembali dengannya yang soleh di dunia abadi. Ameen~
Pertama-tamanya saya nak menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki kerana saya tak boleh nak mengupdate ceritera persiapan perkahwinan saya di blog umum ini. Kerana bagi saya ianya terlalu privasi dan saya terlalu banyak meluahkan entah ape-ape. Jadi saya telah berkeputusan untuk mengupdate semuanya dalam blog rahsia saya. Rahsia lah sangat T_T (insyaAllah akan diconsider untuk invited readers)
Ok guys! Back to the topic. Another 1 month. Yeah, i checked the ticker and its written that we have another 1 month left until our wedding day. Nothing much i can say. Everything happened so fast. We were engaged, picked one perfect date and made (doing) preparations, and our big day is just around the corner.
1 month and few weeks before our wedding, masa ni kitorang merasakan mood swing yang teramat sangat. Mungkin tekanan, debaran etc. Dan yang pasti. Lambakan kerja!
1. Progress report untuk Sem 1 - DONE!
2. Progress report untuk grant - Arghh..Tak suke! (status:otw, i am now analyzing all the datas)
3. Paper (30%) & Thesis (45%) writing
4. FYI, legal documents utk groom's side belum settle lagi. Ni lah yang menjadi punca perselisihan faham kadang2. Im just too worried.Sorry. I am just a typical me! :'(
Seriously time busy ni lah semua idea mencurah-curah nak datang. So i can not just let them go away. I have to grab them. Sebab itu sedikit penat, tertekan dan ditekan. Ngehngehngeh.
Owh ya. Hari ini happy sebab all the legal documents had been settled. Now waiting for his borangs dan kepilkan sekali dan bagi kat abah untuk diurusin dong.
3/2/12. Appointment untuk HIV test jugak. Awal-awal pagi called KK Bangsar untuk confirmation nama. Kalau takde kang saje-saje je pegi karang. Lucky me, actually KK Pantai yang dekat dengan UM. Kalau tak call untuk confirmation, rasanya ada jugak yang sesat sampai ke Bangsar.Uhuhuh. Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun telah menjadi survivor mencari KK Pantai, akhirnya ketemu juga. The staffs were nice. Macam ni lah staf kerajaan. Hihik. Result HIV adalah -ve. Dan check thala sekali. I told the nurse ' My doctor said that my right vein is the best to withdraw blood'..but she said 'Ade beza ke kiri ke kanan?'..ceh memalukan i sajok.Haha! The Hb is 10.5.Quite normal, but I feel a little bit dizzy. The doc was so surprised when I told her that I am allergic to folic acid. Hehe. She supposed to give me folic acid just to recover my RBC production.Ngehngehngeh. But because i was in hurry, i refused to do further test on what type of thala i am suffering from, either it is alpha or beta. Owh, this was my big fault today. Its okay,next time (pujuk diri sendirik) =='
Apakah persediaan less than 1 months until our big day? There's nothing much i can say. Hanya meletakkan seluruh pergantungan kepadaNYA. Dan banyak-banyakkan berdoa, bertaubat, bersihkan hati. Lagi cantik kalau munajat tiap-tiap malam. Rindunya rasa nak menangis di tengah malam (Haish, dasar tidur mati betul lah saya ni! ==')
Last but not least, sambil tersenyum saya panjatkan syukur kepada Allah. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan jalan kami. Semoga jalan yang kami pilih ini diredhai olehMU dan bimbinglah hati-hati kami agar terus dalam ketaatan kepadaMU ya Robb..
p/s: Malam esok saya akan balik Terengganu. InsyaAllah akan mula distribute kad kahwin belah perempuan. Siapa yang nak kad belah Kedah, please lemme know okeh? I will ask the groom2b to post it to u. Please pray for us! Lots of love, from b2b & g2b :')